Tak ramai orang yang sedar dorang terlalu kuat bekerja hingga kadang-kadang sampai tak ada masa untuk diri sendiri dan keluarga.
Jadi, seorang pengguna Twitter kongsikan screenshot whatsApp yang diterima dari pengerusi syarikatnya sejurus selepas dorang kongsikan berita pemergian seorang staff.
Menurut pemuda ini, abangnya pernah berpesan supaya dia jangan bekerja terlalu kuat sebab nanti kalau dah mati, bukan majikan kisah pun, dorang terus cari lain juga.
Ternyata, apa yang abang dia cakap ni benar, lepas dia tengok sendiri respond dari bosnya selepas dapat tahu salah seorang staff meninggal.
Hang kerja bagai nak mati pun takda siapa nak pandang, hang mati nanti depa cari lain juga.”
Respon dari bos pemuda ini telah mendapat perhatian dari netizen yang rata-ratanya merasakan majikan ini langsung tak berhati perut.
Pun begitu, ada juga netizen yang mengatakan bos ini hanya menjalankan tanggungjawabnya dalam memastikan hal syarikat berjalan lancar.
Namun, ada juga yang merasakan walau pun tindakan majikan pemuda ni tak salah, dia sepatutnya tunjuk sikit rasa kesian dan bukan terus cakap pasal pengganti dalam satu mesej.
Ada betulnya jugak, mungkin tindakan bos ni tak salah, tapi kalau iya pun janganlah straight forward sangat. Kalau buat macam ni, staf-staf lain pun mesti fikir yang dorang ni macam tak valuable.