Persengketaan di antara dua orang pempengaruh yang hangat diperkatakan sebelum ini dilihat telah berakhir apabila CEO Kaki Review semalam membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Jason di TikTok.
Dalam satu hantaran video berdurasi 39 saat yang telah meraih hampir 400K jumlah tontonan, CEO Kaki Review mengaku kesilapannya membuat kenyataan yang mengecam Jason kerana berada dalam emosi marah pada waktu itu.
Artikel berkaitan : CEO Kaki Review Maafkan Netizen, Ucap Terima Kasih Sebab ‘Naikkan’ Namanya
Artikel berkaitan : Dituduh ‘Review’ Jujur Sampai ‘Lingkupkan’ Perniagaan Peniaga, Ini Respon Jason
Jelasnya lagi, dia ada menghubungi Jason secara peribadi untuk memohon maaf dan dia juga memohon netizen yang menonton videonya itu untuk tag Jason. CEO Kaki Review juga berjanji bahawa perkara sebegitu tidak akan berulang selain memohon maaf kepada para pengikut Jason.
@ceokakireview assalammualaikum,ak ceo kaki review dengan rasa rendah diri,aku ingin mohon maaf pada jason dengan apa yang berlaku sebelum ni..haritu aku emosi,aku tak kawal..aku minta maaf jason..
Permohonan maaf tersebut dilihat telah sampai ke pengetahuan Jason dan pempengaruh ulasan makanan tersebut dilihat menerima permohonan maaf CEO Kaki Review menerusi ruangan komen.
Dalam pada itu, netizen turut memuji sikap rendah diri CEO Kaki Review ini dan anggap isu tersebut sudah selesai memandangkan Jason juga telah memberikan respon positif terhadap perkara itu.
Adalah lebih baik kalau kita sebagai orang luar tak mengapi-apikan mereka lagi. Semoga perkara ini tidak akan berulang.
Sumber : TikTok