in

Cemburu Adik Kembar Kahwin Dengan Ex-BF, Kakak Tergamak Santau ‘Darah Daging’ Sendiri

Santau 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila timbul rasa tak puas hati, segelintir orang tergamak menggunakan ilmu hitam untuk merampas apa yang mereka mahukan.

Mula meracau tiap senja

Satu kisah yang dikongsi oleh seorang wanita bernama Zara menceritakan dirinya sudah penat menjadi mangsa santau oleh kakak kembarnya sendiri.


Artikel berkaitan: “Ada orang hantar santau” – Jumpa Pelesit Dekat Pelamin, Wanita Dedah Kena Gangguan Sejak Hari Bersanding

Artikel berkaitan: “Hutang RM2K pun nak kecoh” – Wanita Derita Disantau Rakan Sebab Kerap Minta Bayar Hutang

Ceritanya, Zara telah berkenalan dengan seorang lelaki yang merupakan rakan sepejabat dan selepas 5 bulan, mereka melangsungkan pernikahan pada bulan Disember tahun lepas.

Awal perkahwinan memang indah. Serba serbi keadaan baik. Sehinggalah bulan Mei tahun ini, I kena buatan orang. Dari badan berisi jadi kurus kering. I meracau tiap kali waktu senja. Malam I nampak benda bukan-bukan luar rumah.

Sengsara diuji sebegitu, dia pernah mendapatkan pelbagai rawatan alternatif namun masih tidak pulih. Katanya, gangguan tersebut mahu merosakkan hubungan rumah tangganya.

Santau 3
Sumber: x

Kakak santau adik sendiri sebab cemburu

Kebenaran terbongkar satu persatu apabila rakan Zara menghantar gambar suami dan kakak kembarnya itu bercuti bersama-sama di Pulau Redang, Terengganu. Tambahnya, si kakak tidak berkahwin lagi dan tinggal bersama ibu bapa mereka.

Banyak kali dia dah tidur dengan suami I. Tiap kali suami I outstation, memang akan bawa kakak I sekali.

Selidik punya selidik, rupanya suami I tu bekas kekasih dia di universiti. Kalau I tahu dia pernah bercinta dengan kakak I memang I takkan terima dia jadi suami I.

Santau 2
Sumber: x

Zara turut kecewa dengan suaminya yang tidak rasa bersalah kerana wajahnya dan kakak kembar memang serupa. Namun, dia reda jika ditakdirkan untuk bercerai dengan suaminya.

Muka kami memang seiras, I tak tahulah kenapa suami I langsung tak rasa bersalah. Dia tengok kakak I sama seperti dia lihat diri I. I selalu bersangka baik yang mereka berdua belum move on tapi jangan santau dan buat I derita macam ni.

Selain itu, suami Zara juga culas memberikan nafkah kerana duit banyak dihabiskan untuk kakaknya. Dia juga tidak dapat bekerja kerana sakit misteri dan hanya bergantung dengan duit simpanan.

Sedih bila jadi macam ni.. moga anon dipermudahkan urusan!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.