Seperti yang kita tahu, aktiviti berniaga merupakan salah satu sunnah Rasullah SAW. Namun begitu, dalam berniaga, kita mestilah sentiasa meletakkan harga sewajarnya pada barang atau makanan yang dijual.
Berikutan isu viral baru-baru ni, pihak KPDN telah mengambil tindakan ke atas seorang peniaga restoran di Kota Kinabalu yang menjual lauk sotong manis berharga RM50 kepada seorang pelanggannya.
Artikel berkaitan: “Berbaloi dengan harga kami” – Kedai Tomyam Didakwa Cekik Darah, Pemilik Tampil Beri Jawapan
Artikel berkaitan: “Bukan cap ayam” – Shuhada Perjelas Kenapa Jual Biskut Harga ‘Cekik Darah’
Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sabah, Zulfamy Mat Udi berkata, premis tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga yang tak jelas dan mengelirukan pelanggan.
Tambahnya lagi, peniaga tu turut diberi Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.
“Bertindak atas aduan, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan secara fizikal di premis diadu. Berdasarkan pemeriksaan, premis tersebut ada menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk sotong manis.”
Akan tetapi, KPDN tetap menasihatkan pemilik restoran tu untuk meletakkan harga dengan lebih jelas dan khusus mengikut saiz sotong manis tersebut.
“Walau bagaimanapun, kita menasihatkan pemilik premis supaya memaklumkan harga dengan lebih jelas dari segi saiz sotong manis tersebut. Sebagai contoh, berapa harga untuk sotong manis saiz kecil, sederhana dan besar. Penandaan harga lebih khusus ini untuk mengelakkan kekeliruan pengguna.”
Katanya lagi, peniaga restoran tu diminta untuk beri maklum balas bagi menjelaskan dakwaan seorang pelanggan yang dikenakan caj RM50 terhadap lauk sotong manis saja.
“KPDN juga menasihatkan orang ramai supaya bertanya terlebih dahulu kepada peniaga atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.”
Jadi, korang kalau nak makan dekat luar make sure tengok harga makanan betul-betul!
Sumber: Scoop