Sekali seminggu, peminat Running Man mesti akan bertapa depan laptop atau TV semata-mata untuk tonton episod terbaru rancangan menghiburkan dari Korea Selatan itu. Jarang lah ada episod yang tak best sebab semua kelakar habis!
Jadi, kali ini kami nak kongsikan pula dengan anda momen terbaik dari salah satu episod Running Man yang telah mendapat tontonan paling banyak di YouTube setakat ini.
Menurut Korea Boo, video pendek episod yang telah ditayangkan di televisyen pada bulan September 2013 itu telah ditonton sebanyak lebih 61 juta kali dan itu menjadikannya merupakan video Running Man yang paling banyak ditonton.
Video pendek selama 11 minit 47 saat itu telah dikongsikan oleh saluran YouTube SBS sendiri dan ia merupakan video opening episod 162 di mana setiap seorang ahli Running Man diletakkan berkumpulan dengan kumpulan K-POP popular seperti Girl’s Day, SISTAR, 2PM, Infinite, BEAST, MBLAQ dan A PINK.
Setiap ahli RM juga perlu menari bersama artis K-POP kumpulan masing-masing dan kat sini lah episod mula jadi kelakar sebab dorang sangat bersungguh-sungguh menari walaupun ada steps yang agak kelaut dalam.
Part tarian Kwang Soo dengan MBLAQ memang lawak sebab ekspresi muka dia tu memang tak boleh blah.
Rata-rata netizen di ruangan komen YouTube juga mengatakan bahawa episod ini merupakan antara episod paling best sebab pada zaman itu, idol K-POP dilihat boleh berinteraksi satu sama lain tanpa ada peminat toksik yang mengecam tindakan mereka.
Ada juga yang kata era K-POP pada ketika itu juga ialah era paling best dalam industri hiburan K-POP Korea Selatan.
Apa-apa pun, episod ni memang legend lah!
Sumber: Korea Boo, YouTube SBS NOW/SBS
Baca: Sakit Perut Gelak! Ini 10 Episod Running Man Paling ‘Pecah’ Yang Anda Wajib Tonton