in

“Ce hidupkan Mandela, kalau betul ko terer” – Dakwa Miliki Mukjizat ‘Hidupkan’ Orang Mati, Paderi Ni Diberi Cabaran ‘Tak Masuk Akal’!

LUKAUMADIBA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni gempar dan tular video seorang pendeta dari Afrika Selatan yang mendakwa memiliki kebolehan ‘menghidupkan’ orang yang telah mati.

Aksi paderi yang dikenali dengan nama Alph Lukau membuat seruan “Bangkitlah!” terhadap sekujur tubuh seorang lelaki yang didakwa telah meninggal dunia — menjadi bualan hangat di laman sosial dan media antarabangsa.


Hmm, ko bior betoi yop!

 

Bangkitlah!! Teriak Pendeta Lukau

RESURRECT

Dalam satu video minggu lalu, Lukau dilihat melakukan aksi yang langsung tak dapat diterima akal oleh mana-mana manusia waras di dunia ni.

Ia berlaku di gereja Alleluia Ministries, ketika semua ‘jemaah’ berkumpul untuk acara mingguan mereka.

Sebelum kejadian, rakaman menunjukkan sebuah keranda di dalam kereta yang sedang menanti untuk dibawa ke tanah perkuburan.

Bagaimanapun, beberapa individu kemudian mengeluarkan semula keranda tersebut, dan membukanya sebelum memperlihatkan seorang lelaki bernama Elliot — sedang terbaring kaku dengan keadaan mulut terbuka di dalamnya.

Lukau kemudian menghampiri keranda tersebut, dan meletakkan tangannya di atas Elliot — sebelum berteriak “Bangkitlah!”.

Lalu, si Elliot ni pun bangkitlah seperti yang diseru — dalam keadaan terkebil-kebil dan penuh kebingungan.

Melihat keadaan tu, maka ‘jemaah’ lain pun ber‘hallelujah’ mengangkat tangan masing-masing sebagai tanda takjub dengan ‘miracle’ yang baru mereka saksikan.

Sebaik ‘dihidupkan’ semula daripada mati, Elliot kemudian keluar dari keranda dan berjalan masuk menuju ke dalam gereja persis zombie dalam The Walking Dead.

Sambil dilatari music gospel untuk menghangatkan lagi suasana, Elliot yang masih terpinga-pinga dipapah oleh dua individu dengan diiringi ahli keluarganya di sisi.

Lukau kemudian berkata, “Somebody bring him food, let him eat. He has been fasting since Friday (merujuk kepada tarikh meninggalnya si Elliot).”

Dan datanglah seorang wanita menyuapkan Sadza kepada Elliot, yang surprisingly — dilihat masih tak dapat nak proses apa yang sedang berlaku kepada dirinya.

ELLIOT EAT

 

Dicabar seru Mandela bangkit dari kubur. Alamak!

Dah nak tunjuk hebat sangat kan, seorang paderi kemudian mencabar Lukau supaya membuktikan ‘mukjizat’ yang didakwa dimilikinya — dengan menghidupkan semula Nelson Mandela dari kubur.

Bukan calang-calang orang yang diseru bangkit ni.

Tidak puas hati dengan dakwaan Lukau, sorang paderi ni pergi ke gereja Lukau dan menuntut diberikan penjelasan saintifik mengenai kejadian itu.

“If it’s true that you resurrected a man, then let’s go to Mandela’s grave to do the same,” katanya.

 

Dia pun dua kali lima. Peninglah!

Tapi orang yang mencabar si Lukau ni pun ada history pernah membuat pelbagai dakwaan memeningkan jugak.

Paderi yang menggelar dirinya sebagai Prophet Mboro ni pernah dikecam sebab mendakwa telah pergi ke syurga dan siap ambil gambar syurga lagi menggunakan telefon pintar dia. Haruuuuu!

Dah tu, siap offer nak jual gambar tu pada harga R5,000 (lebih kurang seribu lebih la kot duit kita).

MBORO CLAIM 1

 

 

Udoh le, jangan buat naya orang

Rakaman sensasi tu bagaimanapun menerima kecaman hebat dari banyak pihak termasuklah tiga syarikat pengurusan pengkebumian yang mendakwa dipergunakan Lukau.

Kejadian itu turut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa, untuk siasatan lanjut.

Yelah, dah terang lagi bersuluh semua tu lakonan dan penipuan semata-mata.

Bila dah jadi macam ni, masing-masing taknak ngaku buat salah termasuklah si Lukau ni jugak.

Dia punya spin sampai dia kata, sebenonye Elliot tu memang dah ‘hidup semula’ sewaktu van yang dinaikinya dibawa ke gereja Lukau.

Dan Lukau cakap, dia hanya ‘melengkapkan keajaiban yang dilakukan Tuhan.’ Kira nak kata dia buat final touch je la.

Elliot ni pulak, dah ditangkap dan bila disiasat — rupanya dia hanyalah seorang tukang kayu dari Zimbabwe.

Sejak dari penularan video itu jugak, warga netizen pun mula la mengajuk dan melakukan pelbagai parodi sehingga wujud la pulak #ResurrectionChallenge.

 

RESURRECT CHALLENGE 1

 

Macam-macam betul

Ni la yang dikatakan sebagai penunggang agama, berapa banyak keuntungan dia boleh kaut daripada mangsa-mangsa yang ‘putus harapan’ dalam hidup ni — hanya dengan melakukan penipuan semata-mata.

Dan yang lagi peliknya, masih ada pulak tu yang percaya bulat-bulat dengan dakwaan Lukau yang boleh mengubati segala jenis penyakit dan sebagainya.

Ada media melaporkan, dia merupakan antara paderi terkaya di dunia.

Bukan je memiliki jet peribadi sendiri, Lukau juga menggemari kereta-kereta mewah sepeti Rolls Royce dan Lamborghini.

Yelah, cult followers dia pun dah sampai 90 ribu. Tu baru kat Afrika nun. And bayangkan je la berapa banyak keuntungan dia dapat daripada setiap orang yang datang nak berubat, atau nak datang event dia?

Hmm, kaut la selagi boleh ye dok? Nanti bila dah meninggal, cuba bangkitkan diri sendiri pulak.

Jangan sampai  #SilaMeninggal viral kat Afrika.

 

Baca: Anneliese Michel: Kes Mati Kerasukan Yang Dibawa Hingga Ke Mahkamah!

anneliese

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.