Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ternyata dengan keadaan sekarang, ramai orang yang melakukan dua tiga pekerjaan demi menyara keluarga.
Oleh itu, bakat yang ada digunakan sehabis baik untuk menghiburkan pengunjung dalam dan luar negara.
Baru-baru ini, satu video yang memaparkan seorang lelaki berkostum Ultraman dan seekor katak sedang mencari rezeki dengan bermain violin dan menari menjadi tular.
Artikel berkaitan: Lelaki Terkejut Temui Katak Kecil Dalam Bekas Mee Udon
Artikel berkaitan: Pengantin Lelaki Terkejut, Bakal Isteri Pakai Kostum Ultraman Ketika Majlis Kahwin
Video tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji sikap rajin kedua-duanya yang mencari rezeki.
Bukan itu sahaja, pelancong juga kelihatan terhibur dengan gelagat si katak yang menari mengikut alunan muzik violin. Telatah Ultraman dan katak juga menarik untuk kanak-kanak melihat aksi memukau mereka.
Usaha tangga kejayaan, jangan kita malas untuk berusaha kerana rezeki tidak pernah salah alamat.