in

Cari Ibu Kandung Di TikTok, Wanita Sebak Dapat Peluk Selepas 29 Tahun Terpisah

Anak 7 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, banyak kisah tentang anak dan ibu kandung berjumpa buat pertama kali selepas mereka terpisah sejak berbelas-belas hingga berpuluh-puluh tahun.

Satu lagi video yang dikongsikan oleh @babysayang952 di TikTok, memaparkan momen sedih wanita itu dapat berpelukan dengan ibu kandung setelah berpisah selama 29 tahun.


Minta bantuan netizen TikTok

Dalam video tersebut, wanita itu dilihat bersalaman dengan ibu kandungnya lalu mereka berdua berpelukan buat pertama kali. Disebabkan terpisah hampir 3 dekad, kedua-dua mereka gagal menahan sebak lalu si ibu menenangkan anak perempuannya itu.

Artikel berkaitan: Sudah Berlainan Agama, Ibu Kandung & Anak Akhirnya Berjumpa Selepas 27 Tahun Terpisah

Artikel berkaitan: ‘Bestfriend’ Sejak Kecil, Wanita India & Melayu Ini Sebenarnya Adik Beradik Kandung

@babysayang952

selepas 29 thun akhirnya dpat berjumpa dengan ibu kandung..terima kasih kepada semua yg membantu nk mengenali ibu sye ☺️#fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #kuasaviral #xybca

♬ Wiwi Anjani. Cauna Mupalece – KING ᵃʳʸ-ᵖᵗᵏ

Sebelum video itu dimuat naik, wanita tersebut ada bertanya kepada netizen di TikTok mengenai seorang wanita yang dikatakan ibu kandungnya. Hanya berbekalkan sekeping gambar dan nama, segelintir netizen di TikTok memberikan sedikit maklumat di ruangan komen.

Saya mencari orang yang berada di dalam gambar ni. Siapa mengenali beliau boleh tolong chat. Saya mencari mak kandung saya. 29 tahun tak pernah berjumpa..

Selama ni tak ada kekuatan nak cari.. sekarang baru ada kekuatan. Saya tahu benda ni akan menyakitkan diri sendiri.. saya cuma ingin berjumpa walau sekejap.

Anak 1 1

“Buka buku baru”

Anak 3 1
Sumber: tiktok

Selain itu, beberapa gambar lain turut dikongsi oleh wanita itu selepas berjumpa dengan ibu kandungnya. Suasana kelihatan meriah kerana ramai ahli keluarga yang lain meraikan momen tersebut.

Ni kita belanja gambar pula.. apa pun yang terjadi, benda yang lepas kita buka buku baru.. seburuk apa pun kita silam mak kita.. kita kena terima. – kapsyen

Anak 4
Sumber: tiktok

Di ruangan komen, ramai netizen terharu melihat gambar kenangan keluarga itu.

Anak 2 1
Alhamdulillah… happy tengok video tu..
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.