Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, sudah pasti ramai di antara kita mencari sesuatu perkara yang boleh dijadikan sebagai lubuk pahala seperti meningkatkan amal ibadah dan melakukan amal jariah dengan bersedekah.
Pun begitu, tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan seorang TikTokers memuat naik sebuah video memaklumkan bahawa dia ingin memberi RM1,000 free giveaway kepada 10 orang yang bertuah bersempena bulan Ramadan.
Menerusi video tersebut dapat dilihat TikTokers berkenaan melempar-lempar wang sambil menayangkan kenderaan mewahnya yang dimilikinya.
“Nak marah tapi puasa”
Video berkenaan kemudian mendapat kecaman daripada netizen yang mana tidak selesa dengan tindakan individu tersebut yang dilihat menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang dia ada walaupun niat lelaki berkenaan adalah sesuatu yang mulia.
Niat dah bagus tu tapi diharapkan para influencer kat luar sana hormatilah bulan ramadan ini. Kalau boleh berhati-hatilah dalam keluarkan content sebab nanti tak pasal-pasal kena kecam dengan netizen.
Baca: Bercuti Ke Dubai Untuk ‘Self Reward’, Netizen Tuduh Influencer Ambil Tempat Pelajar Susah di IPTA?