Seperti sudah lali dengan tohmahan, kecaman dan kontroversi yang melibatkan dirinya, usahawan Iqbal Zulkefli tampil memberikan teguran secara terbuka buat pempengaruh Syamimia yang baru-baru ini ada memberikan kenyataan berhubung dengan kecaman yang diterima itu.
Jelas Iqbal, dia tidak menafikan bahawa berdasarkan pemerhatiannya, Syamimia ini seorang yang baik hati dan menjelaskan bahawa ada ramai pempengaruh dan selebriti yang masih menutup mulut daripada berkongsi perkara mengenai kejadian berdarah di Gaza.
Artikel Berkaitan : “Dia berjudi korang tutup sebelah mata” – Syamimia Menangis, Netizen Dituduh ‘Pilih Bulu’
Artikel Berkaitan : Iqbal Zulkefli Dedah Tak Boleh Jalani Kehidupan Seharian Jika Tiada RM50,000 Sebulan
Teguran itu dibuat menerusi ruangan komen dekat satu hantaran Facebook LOBAK MERAH berkenaan dengan kes yang melibalkan Syamimia baru-baru ini.
Iqbal menegaskan bahawa cara Syamimia mempertahankan dirinya itu seolah-olah mahu mencabar netizen dan Syamimia tak perlu ambil serius dengan segala kecaman netizen. Ini kerana netizen juga adalah golongan yang diperlukan untuk seseorang pempengaruh.
“Cuma satu sahaja, cara Syamimia selalu pertahankan diri itu seolah mencabar netizen. Netizen ini sebenarnya lantang di komen sahaja, apabila berjumpa di luar mereka juga sumber kekuatan kita. Itu biasa jangan ambil serius sangat. Jangan berlawan dengan netizen kita tidak akan menang. Kita perlukan mereka.”
Malah, berkenaan dengan kenyataan Syamimia baru-baru ini yang dilabelkan sebagai ‘pilih bulu’, Iqbal berpendapat bahawa Syamimia tidak sepatutnya berkata sedemikian kerana baginya netizen bukan ‘tutup mata’ tetapi ia satu perkara yang mereka tidak nampak.
Jelasnya lagi, tujuan dia membuat kenyataan tersebut adalah kerana kesian dengan pempengaruh itu. Iqbal juga turut memuji bakat dan potensi Syamimia, namun ada kemahiran berkenaan dirinya dengan netizen yang perlu diasah.
Sumber : Facebook