in

“Cara cakap pun dah lain” – Netizen Dakwa Abang Viva Mengungkit Soal Bantuan Mangsa Banjir

Abg Viva

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja yang tidak mengenali sosok tubuh yang bernama Azwan Omar atau lebih terkenal dengan jolokan Abang Viva? Kisahnya yang bergerak solo menaiki kereta Viva dengan membawa bot untuk misi membantu mangsa banjir pada Disember lepas telah menjadi inspirasi orang ramai.

Peristiwa itu menjadikan nama Abang Viva sering ‘diseru’ netizen apabila berlakunya banjir di sesuatu tempat.


Bagaimanapun, lain pula ceritanya ketika ini apabila namanya dipetik netizen dengan memohonnya memberi bantuan kepada mangsa banjir seperti yang biasa dilakukannya sebelum ini.

Tular sebuah video oleh seorang pengguna TikTok @chaiyoe9, yang memaparkan rakaman semula Abang Viva meluahkan isi hati apabila namanya dipetik netizen.

“Saya ni sukarelawan, bukan kerja tetap”

Menerusi rakaman video tersebut, Azwan menjawab tuduhan netizen mendakwa beliau sudah tidak kelihatan di lokasi banjir baru-baru ini, sedangkan baru saja pulang daripada misi banjir beberapa hari lalu.

Jelasnya, beliau tidak menerima sebarang elaun untuk membantu mangsa banjir malah perjalanannya ke Terengganu dan Kelantan sebelum ini untuk misi bantuan telah menelan belanja sebanyak RM1,000 dan kos tersebut ditanggungnya secara peribadi.

“Hari itu pergi Kelantan dan Terengganu saya habiskan untuk minyak dan tol sahaja sudah hampir RM1,000.

“Kalau saya ini ada elaun tak apa juga. Masalahnya kena fikir juga saya ini sudah berkahwin, ada anak dan bini. Nak kena bagi makan. Saya ini sukarelawan bukannya ini kerja tetap saya. Korang tak boleh pertikaikan saya turun atau tidak” luah Abang Viva.

@chaiyoe9

Luahan hati abang viva,dah takde modal katanya nk tolong selamatkan mangsa banjir,pakai duit sendiri je,.rehat la abang viva,setiap daerah dah ada agensi keselamatan,kalau nk tolong pum tolong kawasan berdekatan,tak perlu modal yg besar,.#luahanhati #abgvivaviral

♬ bunyi asal – Chai – Chai

Meskipun begitu, luahan Abang Viva dalam menjelaskan situasi yang dihadapinya kurang disenangi segelintir netizen. Netizen berpendapat bahawa nada suara Abang Viva juga sudah berlainan dalam meluahkan soal membantu mangsa banjir sejak sudah berkahwin.

Screenshot 20221219 034331 Screenshot 20221219 034506

Dalam pada itu, isterinya yang dikenali sebagai Evanoza Zakaria juga menjelaskan bahawa suaminya bukanlah mengungkit tetapi hanya mahu orang ramai memahami situasi yang dilaluinya.

Walaupun dibebani komitmen, semakan terbaharu di Facebook Azwan Omar mendapati beliau kini berada di Kampung Matang, Terengganu bersama-sama pasukan sukarelawan membantu mangsa banjir.

Baca: Banyak Bencana Hujung Tahun, Pakar Saran Anjak Cuti Sekolah Ke Tengah Tahun

Kerajaan Pertimbang Anjak Cuti Sekolah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.