Bagi yang mengikuti perkembangan Caprice, pasti sedia maklum tentang kemarahannya terhadap seorang warganet yang telah menghina bayinya itu sebagai ‘dajjal kecil’.
Tidak berdiam diri, Caprice mahu mencari individu itu dan dia berjaya menemuinya setelah abang kepada pelaku itu ada menghubunginya.
Artikel berkaitan : “Kita jumpa depan2” – Caprice Cari Lelaki Biadap Kutuk Anaknya Macam D*jjal Kecil
Artikel berkaitan : Mendiang Joanna Felicia Didakwa Pernah Kena Scam, Caprice Minta Kutu Emas Pulangkan Hak Semula
Hari ini, menerusi Instagram miliknya Caprice menunjukkan bahawa dia dan isterinya, Elis bersemuka dengan lelaki yang berusia 23 tahun tersebut.
Dapat dilihat Elis yang sambil mengendong bayinya itu begitu marah dengan pemuda itu dan bertindak tegas dengannya.
“Satu soalan aku nak tanya kau ni gila ke betul?”
“Betul”, jawab pemuda yang memberikan komen tersebut.
“Betul? Kau tak gila? Apa masalah kau, kau maki-maki anak aku, kau umur berapa sekarang?”
“23”
“Baru 23 nak buat perangai macam sampah kat luar sana? Kau patut bersyukur kau berjumpa dengan Caprice, kau patut bersyukur sebab Caprice, kau nak minta maaf dengan aku, kau kena ikut cara aku.”
Elis meminta pemuda tersebut untuk melutut jika ingin meminta maaf kepada anaknya. Caprice cuba untuk meredakan keadaan dan memujuk pemuda itu untuk melutut sebelah lutut sahaja.
View this post on Instagram
Ketika permohonan maaf itu selesai, Elis menegaskan kepada pemuda itu agar tidak melakukan perbuatan sedemikian kepada orang lain pula.
Selesai sahaja mereka bersua, Capice memberikan 2 pilihan kepada pemuda tersebut sama ada mahu dibawa ke masjid ataupun mahkamah dan pemuda itu memilih untuk ke masjid. Mereka dilihat menunaikan solat bersama dan Caprice menghulur duit kepada pemuda tersebut untuk diberikan kepada ibunya.
Kira isu dah selesai lah ni, apa pun hati-hati dalam memberikan kata-kata dan kalau tak ada benda baik nak cakap, lebih baik berdiam diri sahaja.
Sumber : Instagram