Nama Caprice kini memang sinonim dengan kelantangan dan keberaniannya dalam membuat sesuatu pendedahan dan mengulas isu semasa dan terbaru ni Caprice disapa oleh para peminat untuk ulas pasal isu Ning Baizura pula. Eh? Apa pula kes kali ni?
Malaysia backdated – Ning Baizura
Menerusi IG Story Caprice, dia ada kongsikan satu mesej daripada peminat dengan menunjukkan tangkap layar gambar komen daripada penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu.
Biarpun kurang pasti berkenaan dengan isu, tetapi Ning Baizura menyatakan bahawa negara ini memerlukan seseorang wakil untuk lantang memperjuangkan hak LGBTQ dan berbincang mengenai hal ini dalam Parlimen Malaysia.
“Malaysia masih lagi backdated sebab stigma macam ni. Kesian diaorang kena hadap perkara yang teruk macam ni.”
Katanya lagi, jatuh hukum dengan cara pakaian dan mengasingkan golongan ini disifatkan sebagai satu diskriminasi dan perkara yang menyedihkan. Ning juga berharap agar golongan ini kuat.
Akan hubungi Ning – Caprice
Menurut Caprice, dia kini sedang sibuk dan menyatakan bahawa dah ramai mesej dia berkenaan dengan isu ini.
“InsyaAllah, saya akan hubungi Ning Baizura untuk dapatkan sedikit input.”
Harap isu ini dibincangkan dengan secara baik tanpa perlu mengeruhkan keadaan dan kita tunggu respon kedua belah pihak.