Baru-baru ini, nyanyian pelakon serta usahawan terkenal, Fazura menarik perhatian netizen melalui persembahannya dalam sebuah rancangan temu bual di Indonesia.
Nyanyian lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ yang merupakan lagu duet dengan bekas suaminya, Fattah Amin itu dinyanyikan olehnya secara solo dalam rancangan tersebut, persembahannya itu menimbulkan pelbagai perbincangan di media sosial.
Artikel berkaitan: Fazura Dapat Hak Jagaan Anak Sepenuhnya, Fattah Amin Diberi Hak Lawatan Bermalam 2 Kali Sebulan
Artikel berkaitan: Promosi Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’, Persembahan Fazura Di Indonesia Jadi Perbualan Netizen
Terbaru, meskipun ada yang memberikan kecaman terhadap persembahan Fazura di Indonesia itu, namun pelakon filem Manisnya Cinta di Cappadocia itu tetap memuat naik video nyanyiannya di Instagram.
View this post on Instagram
Dalam hantaran itu, Fazura menyanyikan lagu Make You Feel My Love nyanyian asal oleh Adele, pelakon itu juga dilihat berduet membuat cover dengan penyanyi dari Indonesia, Kayla Islamadina.
Menerusi kapsyen video tersebut, Fazura berkongsi dia sering menyanyikan lagu Adele itu sebagai dodoi untuk anaknya.
“Semoga Fazura sentiasa bahagia”
Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif serta memuji sikap Fazura yang tidak mengendahkan kritikan yang diberikan padanya.
You go girl!
Sumber: Instagram