in

“Cantik luar dalam” – Ellie Suriaty Kongsi Pertemuan Dengan Kekasih Bekas Suami

Ellie Jumpa Kekasih Baru Azri Iskandar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ini, kita sering dengar mengenai kisah bekas suami kepada pelakon Ellie Suriaty iaitu Azri Iskandar yang bercinta dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Dr Azra dan sudah merancang untuk berkahwin.

Walau bagaimanapun, dari tahun ke tahun, perancangan untuk berkahwin itu tidak juga tercapai hingga mendapat perhatian netizen.


Namun kali ini, Ellie Suriaty menerusi perkongsian di Instastory mendedahkan yang dia telah bertemu dengan kekasih baru bekas suaminya yang bergelar ‘Datuk’ dan dikenali sebagai Dato’ Noora Kay.

Artikel berkaitan: “Nampak cantik & lebih muda” – Ellie Suriaty Dipuji ‘Glow Up’ Lepas Bercerai Dengan Azri Iskandar

Artikel berkaitan: “Setahun lebih tak jumpa” – Azri Iskandar Dedah Hubungan Dengan Dr Azra Mula Renggang?

“Awak sangat cantik luar dan dalam…” 

Ellie dalam perkongsiannya telah mendoakan agar urusan di antara suaminya dan wanita terbabit dipermudahkan, selain memuji Dato’ Noora Kay sebagai seorang yang cantik luar dan dalam.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian berdua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 

“Awak sangat cantik luar dalam sayangku Dato’ Noora Kay. Saya sangat gembira untuk Azri Iskandar,” tulisnya.

1 2 590X953 1

2 4 1

Selain Ellie, hadir bersama ahli keluarga lain dalam pertemuan tersebut dan Dato’ Noora juga ada berkongsi pertemuan itu dalam posting di Instagramnya dengan mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Kay (@datonoora.kay)

Sebelum ini, Azri juga pernah mendedahkan hubungannya dengan Dr Azra yang berasal dari Perlis itu sudah semakin renggang dan dia juga sedang mengenali wanita lain.

Untuk rekod, Azri dan Ellie Suriaty bercerai talak satu pada 17 Mei 2022 setelah 19 tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Kita doakan yang baik-baik saja untuk Azri dan pasangan barunya. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.