in

“Cantik keputusan sama paras rupa” – Jadi Anak Yatim Seawal Usia 10 Tahun Bukan Penghalang Untuk Berjaya

Combine Les

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Result SPM dah keluar so mesti budak-budak yang amik SPM tahun 2019 rasa gementar sementara nak tau result. Tahniah diucapkan kepada semua. Bagi sesiapa yang kurang cemerlang jangan putus asa, mesti ada rezeki yang lebih baik di tempat lain.

Setiap anak mesti ada pembakar semangat untuk buat sesuatu benda.


Bagi pelajar yang bersekolah di SMK Nabawan II, Lesvianna Lateh,18 dia telah mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 8A dalam SPM sekaligus menjadi pelajar cemerlang disekolahnya, lapor Harian Metro.

Wahh, tahniah ye dik.

Lesvianna 1

Bagi gadis ini, keputusan yang dia peroleh ini sebagai hadiah untuk ibu dan mendiang bapanya. Dia datang ke sekolah untuk mengambil result SPM hanya seorang diri memandangkan ibunya sedang bekerja di Labuan sebagai tukang sapu.

Walaupun berjauhan dengan si ibu dan menjadi anak yatim seawal usia 10 tahun itu bukan faktor penghalang baginya untuk berjaya dalam pelajaran.

Dia dan adik-beradik yang lain sudah biasa berdikari memandangkan selepas kematian bapanya dia tinggal bersama neneknya berpindah dan bersekolah di Tenom ketika tingkatan satu sehingga tingkatan tiga, katanya.

Masuk ke tingkatan empat dia berpindah ke SMK Nabawan II dan memilih untuk tinggal di asrama agar dia lebih fokus untuk belajar. Anak keempat daripada enam beradik ini berkata dia merupakan anak perempuan tunggal dan keluarga memberi harapan besar kepadanya memandangkan tiga abangnya tak habis sekolah. Sebab tu dia belajar bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam pelajaran.

Sppm 2019

Dia dan rakan-rakannya perlu bangun awal pagi untuk menghadiri kelas tambahan seawal jam 5 pagi sebelum memulakan sesi persekolahan seperti biasa.

Bukan itu sahaja, dia juga akan mengulangkaji pelajaran bersama rakannya jika mempunyai masa lapang pada waktu petang namun dia juga akan memastikan dapat rehat yang cukup agar lebih fokus untuk belajar lagi.

Wahh, beruntung maknya dapat anak macam ni. Semoga menjadi inspirasi untuk semua orang.

Baca : “You made Malaysian proud” – Bertanjak Ke Konvokesyen Universiti Oxford, Netizen Bangga Dengan Lelaki Ini 

Oxford

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.