Seorang lelaki mencuri perhatian warganet apabila menghasilkan cantingan batik bertemakan filem popular Star Wars, satu konsep yang jarang dilihat dalam seni batik tradisional.
Lelaki tersebut, yang dikenali sebagai Haris Rashid, berkongsi proses mencanting batik tersebut menerusi akaun TikToknya.
Dalam video yang dimuat naik, Haris menunjukkan teknik mencanting menggunakan lilin panas di atas kain satin, sebelum mewarnakannya dengan motif yang diinspirasikan daripada Star Wars.
Menurutnya dalam ruangan kapsyen, hasil batik tersebut bakal dijadikan baju kemeja eksklusif.
Video tersebut telah menarik perhatian ramai, dengan netizen membanjiri ruangan komen untuk memuji kreativiti dan keunikan karyanya.
Walaupun batik lebih sinonim dengan corak bunga dan alam semula jadi, evolusi seni ini kini semakin berkembang dengan pelbagai reka bentuk moden dan kontemporari.
@hrysudin Batik inspired by Star Wars on satin cotton. to be made into a shirt. May the force be with you! #batikmodern #starwars #artprocess ♬ The Force Theme – Far Out
Artikel berkaitan: ‘This is batik Malaysia’ Rekaan Batik Dengan Lakaran Watak ‘Venom’ Curi Perhatian Ramai
Artikel berkaitan: Bukan Kain Atau Tuala Tetapi Ini Adalah Kek Swiss Roll Corak Batik!
Rata-rata netizen teruja melihat bagaimana elemen tradisional batik boleh digabungkan dengan elemen moden daripada dunia perfileman Barat.
“Ini memang tangan seni! Saya nak lukis binatang pun tak pandai,” komen seorang pengguna yang kagum dengan ketelitian Haris dalam menghasilkan batik tersebut.
Seorang lagi netizen, Nekochan, menyatakan bahawa video itu memberikan modern twist kepada batik tradisional, menjadikannya lebih relevan kepada generasi muda.
Bukan sekadar pujian, ramai juga yang menunjukkan minat untuk membeli kemeja batik hasil karya Haris dan bertanya mengenai harga.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 7,000 tanda suka dan menerima lebih 146 komen daripada pengguna TikTok.
Star Wars merupakan francais filem sains fiksyen yang mula diperkenalkan pada tahun 1977 oleh George Lucas.
Dengan peminat yang tidak terhitung di seluruh dunia, filem tersebut bukan sahaja mencetuskan revolusi dalam dunia perfileman, malah turut memberi inspirasi dalam pelbagai cabang seni, termasuk fesyen dan reka bentuk grafik.