in

“Campur adukkan ajaran Al-Quran, Bible & Taurat” – Bahaya Ajaran Sesat Millah Abraham Di Malaysia

Millah Abraham Menyeleweng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari lepas, ramai yang mula menyedari kewujudan Millah Abraham selepas terdapat seorang pelakon yang telah expose berkenaan ajaran tersebut. Ia merupakan sebuah kepercayaan yang amat terpesong daripada ajaran agama Islam.

Untuk pengetahuan semua, gerakan Millah Abraham @ Ibrahim merupakan sebuah ajaran sesat yang telah diwartakan sebagai menyeleweng oleh Majlis Fatwa Malaysia sekitar tahun 2014.


Apakah itu Millah Abraham?

Menurut sumber, ajaran yang kini hangat diperkatakan itu difahamkan berasal dari negara Indonesia, ia mempunyai beberapa persamaan dengan ajaran-ajaran yang telah diwartakan sesat dan menyeleweng oleh Kerajaan Indonesia seperti Kumpulan Pemuda Kahfi dan Negara Islam Indonesia (NII).

Millah Abraham

Ia dipercayai berpusat di Cilimus Kuningan, Kota Cirebon, di Jawa Barat Indonesia yang diketuai oleh Zubaedi Djawahir dan mereka menggunakan sosial media sebagai alat propaganda serta antara menyebarkan faham tersebut dengan mengadakan kelas secara online.

Menyeleweng & bertentangan dengan agama Islam

Percanggahan amalan mereka termasuklah mendakwa wujudnya ajaran dan kerajaan Islam baharu dan ada rasul yang memimpin kerajaan tersebut selepas Nabi Muhammad SAW iaitu Ahmad Musadeeq.

Ajaran itu juga boleh dikesan melalui cara ibadah oleh pengikutnya iaitu meninggalkan solat lima waktu termasuk solat jumaat.

03Hm38Abd1.Transformed

Selain itu, ajaran ini juga mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti ajaran Millah Abraham dan yang lebih menyesatkan adalah mereka menggabungkan tiga ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi dengan mencampur adukkan tiga kitab utama agama-agama tersebut.

Ajaran ini juga menjadikan pengikutnya terlalu taasub kepada ajaran sehingga sanggup memutuskan hubungan keluarga dan suami isteri.

Orang Islam hendaklah menjauhi ajaran ini dan dilarang berpegang serta beramal dengannya

Sehubungan dengan itu, Muzakarah memutuskan pandangan hukum bahawa Ajaran Millah Abraham menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Mana-mana orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT.

Semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran Millah Abraham melalui apa jua medium hendaklah disekat, dihenti dan diharamkan serta merta.

Semoga kita sentiasa dilindungi dari kesesatan…

Sumber: JAKIM

Baca: Pablo Amirul ‘Expose’ Ajaran Sesat, Kekasih Pula ‘Disailang’ Ahli Politik?

Pablo Amirul 1

Sumber: Iluminasi
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.