Menjadi perkara biasa jika kita pergi makan di restoran dan ada lebihan makanan, pasti kita akan bungkus dan bawa balik.
Namun, lain pula jadinya dengan seorang pengguna media sosial, Fasihah Supian, yang berkongsi satu kejadian ‘rare’ yang menimpanya selepas makan di Restoran Rembayun milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Niat asalnya cuma mahu membungkus baki makanan, tapi bila sampai di rumah, dia terkejut melihat ‘tetamu tak diundang’ ada sekali dalam bekas makanannya!
Artikel berkaitan: Ada Dakwaan Konon Ramai Batal ‘Booking’ Rembayung Sebab Khairul Aming Di Langkawi, Ini Respon Empunya Badan
Artikel berkaitan: “Saya buka kedai makan je bang” – Khairul Aming Bagi Respon Lepas Netizen Pertikai Susah Nak ‘Booking’
View on Threads
Bukan setakat lauk yang dibungkus, sekali dengan senduk besi restoran juga ada dalam bungkusan tersebut.
Apa yang lebih melucukan, wanita ini sempat mencuba nasib dengan ‘tag’ pempengaruh kegemaran ramai itu sambil bertanya sama ada dia boleh mendapat slot lain untuk makan di Rembayung jika dia menghantar semula senduk tersebut.
Hantaran itu akhirnya mendapat perhatian tuan badan sendiri. Namun, respon daripada Khairul Aming memang betul-betul menunjukkan betapa buntu dan terhiburnya dia dengan situasi rare itu.

Rata-rata netizen geli hati dengan situasi yang sangat random ini, ramai juga yang terhibur apabila Khairul Aming menggunakan gambar rakannya, Azfarheri sebagai respon kepada pelanggan bertuah itu.

Sumber: Threads
