in

Calon SPM Mohon Maaf Secara Terbuka Lepas Video Mencarut Soalan Subjek Sejarah Tular

Ft Calon Spm Mencarut Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 telah bermula dan baru-baru ini tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang calon SPM mengeluarkan kata-kata kesat usai menjawab peperiksaan untuk mata pelajaran Sejarah Kertas 2.

 

Mohon maaf, mengaku silap tak fikir panjang


Dalam video tular yang kini telah dipadamkan itu, pelajar tersebut mempertikaikan soalan-soalan yang diberikan sambil mengeluarkan ayat carutan dan memberikan isyarat lucah.

Screenshot 2023 02 24 150937 1

Ia telah mengundang kecaman orang ramai kerana tingkah laku dan tutur bahasanya itu. Menyedari diri telah dikecam teruk, perakam dan individu dalam rakaman ini telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas ketelanjuran tingkah laku dan kata-katanya itu.

Dalam video yang berdurasi 2 minit 51 saat itu, pemohonan maaf dibuat beberapa jam selepas video tersebut dimuat naik dan tersebar luas. Jelasnya, kata-kata yang keluar dari mulutnya itu adalah spontan.

Katanya lagi, apa yang dituturkan itu adalah hanya ingin meluahkan rasa sesama rakan selepas menjawab peperiksaan itu.

“Tapi kawan saya ni dia tersilap langkah, dia tak fikir sebelum buat dan mengupload video dia sendiri tu ke dalam media sosial yang mengakibatkan viral, apa-apa pun, saya di sini nak memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.”

Dalam pada itu, pemuda ini turut memohon maaf kepada guru dan pihak yang membuat kertas soalan peperiksaan tersebut. Selain itu, rakannya juga turut membuat permohonan maaf atas tindakannya.

“Saya amat menyesali kerana menularkan video tersebut dan berjanji tidak akan mengulanginya.”

Kata rakannya itu, dia akan bertanggungjawab dalam hal ini kerana telah memburukkan nama sekolah dan nama baik keluarga sahabatnya itu. Akui kesilapannya kerana tidak memikir panjang untuk muat naik video tersebut, pemuda ini meminta agar orang ramai menghentikan penyebaran video itu.

Tak apa la dik, semua orang buat silap, harap jangan ulanginya lagi dan hati-hati kalau nak memuat naik sebarang kandungan di media sosial.

Baca : “Nangis sekali weh” – [VIDEO] Cikgu Beri Pensel Yang Dibacakan Doa Untuk Pelajar SPM

Cikgu Sebak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.