Kes COVID 19 di Selangor makin meningkat dan nampaknya masih tiada lagi tanda-tanda ia akan menurun. Salah satu cara untuk mengekang peningkatan di negeri tersebut ialah dengan meningkatkan pemberian vaksin kepada rakyat di Selangor.
Menurut Harian Metro, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin bersama Kerajaan Selangor mendapat persetujuan untuk menambah kapasiti sebanyak 130,000 dos suntikan vaksin sehari mulai 1 Julai ini.
Tambah Khairy lagi, Selangor yang sebelum ini dilaporkan menerima 40,000 dos suntikan sehari akan ditambah dos susulan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) termasuk PPV berskala mega.
“Saya usahakan supaya Kerajaan Negeri meningkatkan kapasiti penggunaan vaksin. Oleh itu, kita buka PPV berskala mega kerana kita nampak usaha (pemberian suntikan vaksin) di negeri ini agak perlahan.
“Selain PPV berskala mega, kita juga akan membuka PPV tambahan seperti di Tanjong Karang dan PPV sedia ada.
“Contohnya di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC)..dahulu hanya satu dewan sahaja dibuka, sekarang kita buka dewan untuk memudahkan urusan pemberian vaksin,” katanya.
KJ tolak dakwaan vaksin tak dihantar ke Selangor
Selain itu juga, Khairy telah menolak dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud yang memaklumkan Selangor tidak terima vaksin dan tidak mempunyai bekalan yang mencukupi.
Tuduhan vaksin tidak dihantar ke Selangor adalah tidak benar seperti yang disebut oleh beliau (Dr Siti Mariah). Saya sendiri tak pasti dari mana beliau dapat angka itu.
“Kita cadang nak hantar lebih banyak vaksin ke Selangor, tetapi kena tengok kapasiti mereka.
“Dalam pertemuan saya bersama Amirudin, Kerajaan Negeri sendiri mengatakan kapasiti di Selangor pada Jun adalah 40,000 suntikan setiap hari,” katanya.
Tambahnya lagi, Selangor telah menerima 1,367,306 juta dos vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca sejak semalam.
Tegasnya, ini adalah data yang dibentangkan pada hari ini dan dia juga mahu rakyat tahu bahawa vaksin sudah dihantar ke Selangor.
Harap Selangor mencapai herd immunity tidak lagi sebab kes di Selangor antara yang terburuk dari semua negeri.
Baca: “Tohmahan tak berasas” – Kesatuan Eropah Tolak Dakwaan KJ Konon Mereka Bolot Vaksin COVID 19