Sudah semestinya aktiviti berbasikal ini salah satu senaman kardio yang baik untuk seseorang, namun begitu seorang doktor perjelas bahawa berbasikal ini ada kesan sampingannya kepada kaum lelaki.
Perkongsian doktor @Ahmad.RZ menerusi Twitter menunjukkan sampel semen seorang lelaki yang ‘lemah’
Kata doktor ini, dia ada buat ujian air mani kepada penunggang basikal berumur 29 tahun yang aktif berbasikal,sihat dan tiada penyakit malah individu itu juga tidak merokok tetapi…Tengok ni.
Byk kepala spermanya cacat.”
Ujian semen lelaki 29 thn yg aktif dlm cycling. Tidak merokok & tanpa penyakit lain. Hampir 80% spermanya bergerak tanpa hala tuju, iaitu ke kiri dan kanan, ke dpn dan blkg. Byk kepala spermanya juga cacat. Cycling boleh jd punca kerana lebihan haba boleh merosakkan sperma. pic.twitter.com/2IjE3CK3Qb
— Ahmad.RZ (@Dr_Ahmad_RZ) December 19, 2020
Katanya lagi, ianya berpunca daripada pendedahan haba yang boleh merosakkan sperma. Ianya kesan daripada cuca panas, tempat duduk basikal malah pemakaian seluar yang ketat juga boleh merosakkan sperma lelaki.
Disebabkan itu, doktor ini menyarakankan agar mereka yang ingin melakukan aktiviti berbasikal untuk hadkan masa tidak lebih daripada 5 jam seminggu supaya tidak jadi begini.
Video diatas bukanlah sampel air mani lelaki 29 tahun tersebut tetapi hanyalah gambaran sahaja. Mungkin cuba disampaikan sampel lelaki tersebut seakan-akan lelaki itu.
Baca : “Moga jadi pengajaran” – Penunggang Basikal Maut, Netizen Kongsi Pengalaman Berdepan Geng ‘Cyclist’