Pelakon Nora Danish meluahkan rasa bengang menerusi Instagram Storynya apabila didakwa kontraktor yang dianggap sebagai adik gagal menyiapkan projek pengubahsuaian rumahnya mengikut perjanjian yang ditetapkan.
Dedah pelakon berusia 42 tahun itu, dia memberitahu sepatutnya kerja-kerja pengubahsuaian selesai pada bulan Januari lalu namun sehingga kini masih belum selesai dilakukan.
Lebih 4 bulan duduk hotel, berpindah-randah
Disebabkan kelewatan yang berlaku, dia dan keluarga terpaksa menginap di hotel lebih empat bulan dan kini menumpang di kediaman ibunya.
Katanya lagi, pembayaran sudah dibuat sebanyak 90% dan telah memberi banyak peluang kepada kontraktor terbabit sehingga menyukarkan dia sekeluarga dalam menjalani kehidupan seharian.
Artikel berkaitan: Sambut ‘Birthday’ Anak Dengan Bekas Suami, Netizen Puji Sikap Nora Danish
Artikel berkaitan: “Aku tak halalkan” – [VIDEO] Mark Adam Bengang, Dakwa Kontraktor Rumah Cabut Lari
“Salah saya sebab percaya seorang individu yang digelar ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki. Tinggalkan kami terkontang-kanting kena tipu dengan kontraktor yang penipu dan tak berhati perut.
“Semua pakaian kami dalam beg plastik ikea. Kena korek setiap kali nak pakai. Nak start kerja pun susah. Anak-anak tidur sana sini.”
Tegas Nora, dia memberi tempoh seminggu kepada kontraktor tersebut untuk menyelesaikan kerja pengubahsuaian dan akan mengambil tindakan selanjutnya jika gagal dilaksanakan.
“Dah cuba reda, dan bagi peluang banyak kali. Harap dengan tindakan ni dapat buka mata semua pihak agar berhati hati la memilih kawan satu, dan juga kontraktor.
“By next week tak siap, korang masuk penjara.”
Dalam pada itu, Nora menasihati kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih kawan dan kontraktor bagi mengelakkan kejadian tersebut berlaku.
Selain luahan yang dimuat naik di Instagram Storynya, dia juga mendedahkan wajah kontraktor yang didakwa bertanggungjawab dalam proses pengubahsuaian rumahnya.
Suumber: Instagram