Duit ni time nak pinjam kejap je mintak kan. Tapi bila nak bayar, memang liat. Ni lah yang selalu jadi bila sebut pasal hutang.
Menurut Astro Gempak, adik kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari baru-baru ini ada meluahkan rasa tidak puas hati kepada seorang pereka fesyen terkenal tempatan ni sebab hutang.
Pereka fesyen tu khabarnya masih tidak melangsaikan hutangnya dengan suami pelakon cantik Yana Samsudin biarpun sudah beberapa tahun berlalu. Bukan seringgit dua, tapi hutang yang tidak dijelaskan pereka fesyen terkenal tu katanya bernilai RM10,000. Mak ai banyaknya!
Semalam Fadzil ada memuat naik satu entri di laman Facebook miliknya mendedahkan apa yang telah dilakukan oleh pereka fesyen terkenal tu.
“Bila nak bayar hutang? Dah tiga tahun dah ni? Tiap-tiap tahun nampak pergi luar negara, butik pun nampak makin gah. Tak banyak pun (hutang) RM10,000 je.”
“Sesiapa yang kenal ni tolong tag dia kejap. Dia dah block dekat Facebook, Instagram dan Whatsapp. Mungkin dia segan nak balas Whatsapp dan angkat call, boleh balas kat sini,” kata Fadzil lagi dengan nada sinis.
Berikutan pendedahan tersebut, ada yang menasihati Fadzil supaya membuat laporan polis. Ada yang terkejut sebab Fadzil boleh tahan sampai bertahun-tahun kerana nilainya bukan sedikit.
Fadzil kemudian membalas komen tersebut dengan menjelaskan bahawa dia sudi meminjamkan sejumlah wang yang banyak itu kepada si peminjam kerana menyangka pereka fesyen tersebut benar-benar susah ketika itu. Namun, dia tidak menyangka ini pula pengakhirannya.
Pereka fesyen ni memang terkenal dalam kalangan artis tempatan. Takkan la RM10,000 takleh settle, kan? Semoga mereka boleh selesaikan masalah ni dengan cara baik.
Baca: Lelaki Tak Malu Pergi Bercuti Padahal Berhutang Ribuan Ringgit, Sindir Wanita Minta Bayar