Sabtu lepas telah berlangsungnya pertabalan King Charles III dan Permaisuri Camilla di London sebagai Pemerintah United Kingdom yang baharu menggantikan bondanya, Ratu Elizabeth II.
Ia turut dihadiri oleh pemerintah-pemerintah dari negara-negara Komanwel dan sudah semestinya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai wakil dari Malaysia turut hadir sama ke majlis itu.
Dalam istiadat yang berlangsung di Gereja Wesminster Abbey itu, Al-Sultan Abdullah mengenakan sut putih berseluar hitam bersama selempang merah, dan Tunku Azizah memakai baju kurung kuning cerah bersama hiasan berwarna perak.
https://www.instagram.com/p/Cr5tafzhr7k/
Menurut Kosmo!, busana baginda itu difahamkan rekaan daripada butik pereka fesyen tersohor tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim.
Busana baginda juga merupakan antara 5 pakaian terbaik yang menjadi tumpuan media antarabangsa seperti Bazaar.
Selain Malaysia, busana yang dikenakan oleh Raja dan Permasuri dari Sepanyol, Thailand, Qatar dan Denmark juga menduduki carta teratas busana paling menawan ketika istiadat tersebut berlangsung.
https://www.tiktok.com/@hrhladyalyssa/video/7230518626967751979?_r=1&_t=8c8Ple1743V&social_sharing=v1
Raja Charles III diangkat menjadi raja selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada September tahun lalu.
Pertabalan itu sekali gus menandakan bahawa selain menjadi ketua negara United Kingdom dan 14 negara Komanwel, Raja Charles III juga ditabalkan sebagai pemimpin tertinggi Gereja England.
Baca : Pemimpin Dunia Dijemput Untuk Upacara Pengebumian Ratu Elizabeth II Kecuali 6 Negara Ini!