Kerjaya sebagai seorang wartawan ini ada banyak cabarannya tau. Macam yang dihadapi oleh seorang reporter di Chile ini apabila seekor burung nuri telah mencuri fon telinga atau earpiece yang dipakainya ketika sedang bersiaran langsung.
Memetik laporan Daily Mail, burung nuri berwarna hijau itu pada mulanya hinggap di bahu wartawan itu yang dikenali sebagai Nicholas Krumm secara tiba-tiba.
Dalam video yang tular, dapat dilihat bahawa Krumm menyuruh jurukameranya untuk memfokuskan kamera pada burung itu yang sedang hinggap di bahunya kerana baginya ia merupakan satu kejadian alam yang unik.
Namun, tak lama kemudian, burung tersebut telah mengambil fon telinga Krumm dengan menggunakan paruhnya.
Krumm yang terkejut dengan kejadian itu tidak sempat untuk merampas semula earpiece berkenaan kerana burung nuri tersebut terlebih dahulu pantas terbang meninggalkan tempat itu.
Lagi pula, dia ketika itu masih lagi bersiaran langsung, jadi mahu atau tidak dia perlu bersikap professional.
Ironinya ialah Krumm pada ketika itu sedang melaporkan tentang kejadian kecurian dan pecah masuk rumah.
Nasib Krumm baik pada hari itu kerana selepas siaran langsung itu selesai, fon telinganya telah ditemui semula di kawasan berumput berdekatan oleh jurukameranya.
Bagi can la burung tu pun nak masuk TV jugak kan.
Sumber: Daily Mail
Baca: “Jangan takut abang ada”- [VIDEO] Wartawan Tengah ‘Live’ Selamatkan Kanak-kanak Dikejar Monyet