in

Buruh Binaan Individu Pertama Di Terengganu Kena Sebat Sebab Khalwat

ft khalwat terengganu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan telah menjadi individu pertama di Terengganu yang bakal dikenakan hukuman sebat akibat kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Pindaan 2022 yang sudah mula dikuatkuasakan bermula 1 Januari lalu.

Hakim Syarie Hamidi Shafie telah memerintahkan tertuduh, Mohd Affandi Awang, 42, dikenakan hukuman 4 sebatan dan denda RM3,000 di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, hari ini.


Artikel berkaitan : Pemuda Beri Alasan Mahu Ajak Kekasih Main ‘Game Bola’ Selepas Ditangkap Khalwat

Artikel berkaitan : Lebih 300 Anggota Polis Ditukar Tempat Kerja, Punca Berkhalwat Dengan Pegawai Sudah Berkahwin

Menerusi Sinar Harian, hukuman itu dikenakan kerana tertuduh melakukan kesalahan khalwat buat kali kedua. Ketika kali pertama, buruh itu pernah disabitkan bersalah di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Pindaan 2001 pada 11 Julai 2023 dan dihukum denda RM2,700 atau tiga bulan penjara.

Malah, lelaki tersebut turut berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Hamidi Shafie selepas tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut seksyen tersebut selepas pindaan seksyen tersebut diluluskan.

Menurut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara.

Screenshot 2024 02 19 161533

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan khalwat di tingkat tiga di sebuah premis beralamat di Jalan Penghiburan, Kemaman kira-kira jam 1.10 pagi pada 25 Januari lalu.

Mengikut fakta kes, buruh tersebut bersama seorang perempuan berusia lingkungan 30-an berada di dalam bangunan kosong yang sedang dalam proses baik pulih.

“Hasil soal siasat didapati pasangan berkenaan tiada hubungan suami isteri dan bukan mahram,” jelasnya.

Sementara itu, dalam penghakimannya, Hamidi berkata, hukuman dikenakan terhadap lelaki itu berikutan ia merupakan kesalahan kali kedua dilakukannya dalam tempoh tidak sampai satu tahun.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.