Semalam, tular beberapa video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan milik pengguna jalan raya dekat Sungai Lebey berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli remuk dirosakkan oleh enam ekor gajah yang mengamuk.
Menurut Berita Harian, kejadian itu berlaku apabila mangsa mendakwa terdapat bunyi hon daripada kenderaan lain yang menyebabkan haiwan berkenaan ‘naik minyak’.
@dinazahra9293 gajah mengamuk bukit grik 20/5/2025 ….smoga allah permudhkn urusan tuan kereta….#lebuhrayagrikjeli #gajah😭😭😭😭😭 #fyp
Artikel berkaitan: Ibu Gajah Sudah Bawa Diri, Kini Sertai Kawanan Di Habitat Asal Di Taman Negeri Royal Belum
Artikel berkaitan: Polis Jelas Jarak Anak Gajah Terlalu Dekat, Pemandu Tak Sempat Tekan Brek
Mangsa sempat keluar selamatkan diri
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, aduan berkenaan kejadian serangan gajah yang berlaku sekitar jam 8.15 malam di KM11 JRTB Gerik-Jeli itu diterima pihaknya pada 11.36 malam tadi daripada seorang lelaki berusia 39 tahun.
Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Vios memberitahu bahawa dia memberhentikan kenderaannya apabila mendapati sekumpulan gajah sedang melintas jalan sebelum hon dibunyikan oleh kenderaan yang berada di belakang.
Namun mujurlah pemandu kereta tidak cedera kerana sempat keluar menyelamatkan diri.
Pengadu (mangsa) memberhentikan kereta dan mematikan lampu, serta terdengar bunyi hon kenderaan dari arah belakang sebelum tiga ekor gajah tiba-tiba menghampiri kereta.
Pemandu dalam keadaan panik kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri. Sesudah kawanan gajah terbabit beredar, pengadu hadir ke balai polis untuk membuat aduan,” katanya dalam satu kenyataan.
Akibat serangan gajah tersebut, kereta pengadu dilaporkan rosak pada bahagian hadapan dan belakang selain pada sisi kanan dan kiri.
Pihak polis pada masa yang sama menasihati pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati dan mematuhi nasihat pihak berkuasa untuk tidak membunyikan hon atau menggunakan lampu tinggi apabila berhadapan dengan gajah.
Terdahulu, pihak PERHILITAN mengesahkan aduan membabitkan enam ekor gajah termasuk seekor gajah jantan tidak bergading sedang ‘naik minyak’ di Gerik.
Sumber: Berita Harian, TikTok