in

“Bunga silat dah cantik, tapi..” – [VIDEO] Tengah Asyik Rakam Scene Bersilat, Ending Dia Buat Ramai Terhibur

Fi Seluar Koyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang dah menjadi lumrah, bahawa akan ada sesuatu perkara yang kita inginkan itu tak menjadi seperti dah dirancang. Kadang-kadang tu mesti kita sikit frust, sebab akan ada perkara yang tak dimahukan tu terjadi waktu kita tengah fokus kan.


Seakan samalah dengan kisah ini, apabila perkara tak diingini itu terjadi ketika saat yang ‘genting’ di depan ahli keluarga sendiri.

 

Elok buka bunga.. Tiba-tiba..

Sejak beberapa hari yang lalu, sebuah video patriotik yang ingin dirakam oleh pemuda ini menjadi tular disebabkan ending yang tak disangka-sangka.

Menerusi posting oleh @Aerril_Nasril ini, dia difahamkan sedang membuat rakaman video patriotik sempena Hari Malaysia baru-baru ini. Dilihat juga, terdapat beberapa ahli keluarganya mahu yang tua ataupun muda memegang Jalur Gemilang.

Seluar Koyak 1

Pada permulaan video tersebut, semuanya dalam keadaan baik dan ia berjalan lancar seiring dengan background lagu berjudul Negaraku nyanyian Faizal Tahir itu.

Selepas beberapa ketika, muncullah sosok Aerril yang siap berbaju melayu dan turut mengenakan tanjak yang turut sama bertemakan bendera Malaysia itu. Dia juga dilihat siap membuka langkah silat sebagai sebahagian daripada babak dalam video tersebut.

Namun malang tak berbau, tengah elok dia buka bunga tu tiba-tiba saja satu bunyi yang kuat memecahkan suasana ketika itu. Rupanya seluar pemuda tersebut terkoyak, dan terus saja dia menutup sambil ketawa.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian ramai, sehingga hari ini posting berkenaan telah meraih lebih dari 280k views di TikTok.

@aerril_nasril

Sebalik Tabir.. Record yg ke6 ..dah confident dah.. seluar pulak spoill,?

♬ original sound – Aerril_Nasril – Aerril_Nasril

 

“Opening dah lawo.. Bunyi prakk tu”

Di ruangan komen nyata perkongsian oleh pemuda yang berasal dari Batu Pahat, Johor, ini membuatkan rata-rata netizen turut berdekah. Ramai yang turut terkejut dengan bunyi yang datang sewaktu mereka tengah serius melihat video berkenaan.

Selain itu juga, ada yang mengatakan bahawa scene tersebut mengingatkan mereka pada babak filem Pendekar Bujang Lapok dahulu.

Reak Seluar Koyak 2 Edit Reak Seluar Koyak 4 Edit Reak Seluar Koyak 3 Edit Reak Seluar Koyak 1 Edit

Orang dah serius, bunyi tu pula buat spoil. Koyak tu pun tahu timing sesuai dia nak muncul eh? Hehe..

 

Baca : “Comel jalan macam penguin” – [Video] Jungkook Tak Malu Mengaku Seluar Terkoyak Masa Perform

Foot Seluar Koyak

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.