in

Bumbung Sebuah Stesen Minyak Runtuh Akibat Dilanggar Treler

bumbung stesen minyak runtuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat dilanggar oleh sebuah lori treler, bumbung sebuah stesen minyak di Sungai Ular di Kulim Kedah baru-baru ini rosak dan runtuh, lapor Kosmo.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku sekitar pukul 7.20 pagi tadi ketika lori treler itu mahu mengisi minyak kenderaan itu di stesen berkenaan.


Lori bermuatan panjang itu telah dipandu oleh seorang pemandu berusia 24 tahun.

8

Artikel Berkaitan: Kereta Kena ‘Clamp’ Jika Parkir Lebih 10 Minit Di Stesen Minyak, Ini Respon Petron

Artikel berkaitan: “Saya salah atau dibuli?” – Tayar Terkeluar Sedikit Dari Kotak Parkir, Wanita Terkejut Kereta Kena ‘Clamp’

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu treler itu mahu membelok ke pam diesel untuk mengisi bahan api.

Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba badan treler itu telah terlangar struktur bumbung stesen minyak itu.

Nasib baik kerana kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Lori treler itu juga tidak rosak namun bumbung dan empat buah pam minyak dilaporkan mengalami kerosakan.

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.