in

Bumbung Berusia 650 Tahun Runtuh Di Anhui, China

2bumbung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bumbung Fengyang Drum Tower, struktur bersejarah berusia lebih 650 tahun, runtuh selepas beberapa bulan kerja baik pulih bernilai RM1.89 juta disiapkan. Insiden yang berlaku malam Isnin itu dirakam dan tular di media sosial, mencetuskan kemarahan orang ramai. Tiada kecederaan dilaporkan.

Menara ini dibina pada tahun 1375 semasa era awal Dinasti Ming dan merupakan tarikan pelancong utama di wilayah Anhui, wilayah kelahiran Maharaja Hongwu, pengasas dinasti tersebut.


Screenshot 2025 05 24 at 2.03.18 PM

Memetik laporan South China Morning Post, pihak berkuasa tempatan memulakan siasatan serta-merta. Laporan media mendakwa kontraktor terlibat mempunyai rekod men-subkontrak kepada pekerja tidak bertauliah dan pernah gagal dalam projek restorasi sebelum ini, termasuk sebuah dewan nenek moyang Dinasti Ming yang terbakar semasa kerja baik pulih.

Pemeriksaan dron pada Disember lalu juga dilaporkan mengesan keretakan pada struktur bumbung yang baharu dibaiki.

Screenshot 2025 05 24 at 2.03.01 PM

Susulan insiden ini, media rasmi di China mendesak siasatan penuh terhadap proses tender, perbelanjaan serta kualiti kerja. Kejadian ini sekali lagi mengundang kebimbangan terhadap fenomena “bangunan tofu”, istilah untuk projek pembinaan rapuh akibat kerja tidak berkualiti, yang sebelum ini dikaitkan dengan tragedi seperti runtuhan gimnasium dan bangunan di China.

 

Baca: 19 Orang Cedera Dalam Insiden Kapal Tentera Laut Mexico Rempuh Jambatan Brooklyn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.