in

“Buldakkan Jer!”- Jom Cuba Sensasi Pedas Sos Buldak Korea Di Acara EPIK Ini

Ft Samyang Buldak

Korang ingat lagi tak macam mana viralnya mi pedas Samyang yang menjadi kegilaan ramai dan tidak kurang yang membuat cabaran untuk memakan mi segera tersebut? Kalau korang antara yang meminati sensasi kepedasan Samyang tu, korang mungkin teruja untuk ke acara ini.

Samyang Buldak akan mengadakan acara Splash Buldak pada 18-22 September 2024 di MyTOWN Shopping Centre dan berkemungkinan akan ada cabaran baru pulak selepas ini.

Lebih menarik, korang boleh membawa makanan kegemaran korang sendiri untuk ke acara berkenaan untuk dinikmati bersama sos Samyang Buldak tersebut.

332467726 1392334614861708 8446594982473866000 N

Untuk korang yang mungkin belum tahu atau tak pernah menikmati Samyang tu, dalam paket mi segera tersebut disertakan juga dengan sos yang kini korang boleh dapatkan dalam BOTOL!

Ye, sos Samyang Buldak tu ada yang dalam botol! Jadi, korang boleh nikmati kepedasan sos Korea tersebut dengan apa sahaja makanan kegemaran korang! 

Buldak Dip & Drizzle Zone

Kalau korang ke acara berkenaan, korang boleh cuba rangkaian sos Samyang Buldak yang ada di ‘Buldak Dip & Drizzle Zone‘. Selain makanan yang korang bawa sendiri, akan disediakan juga nugget untuk korang nikmati, nak cicah atau banjirkan makanan korang, terpulang. 

Ada 3 pilihan sos iaitu :

Samyang Buldak Sauce

Buldak Hot Sauce : Perisa Samyang Buldak kegemaran ramai.

Extremely Spicy Buldak Sauce : Perisa Samyang Buldak dengan 2x tahap pedas

Carbonara Buldak Sauce : Tak terlampau pedas, tetapi lebih berkrim. Kiranya just nice lah untuk korang yang minat makanan pedas & berkrim.

Dapatkan Barangan Samyang Buldak Eksklusif

Bukan setakat boleh menikmati semua sos Samyang Buldak, korang juga berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik yang ada di acara tersebut nanti. Salah satunya ialah korang boleh show off muka tahan pedas korang sambil bergambar di Frame Your Flame Photobooth

Lepas tu, korang boleh dapatkan pelbagai hadiah dan barangan menarik dengan sertai permainan Buldak Spice Breaker yang ada di acara tersebut nanti.

Sy Buldak_Event 3

Korang boleh menang sos Samyang Buldak dan juga pelbagai barangan eksklusif seperti tote bag, topi dan banyak lagi! Kalau korang rasa sos tersebut cukup ‘terangkat’ korang boleh la buat pembelian di kedai Samyang nanti!

Bersedia untuk nikmati sensasi kepedasan sos Samyang Buldak? Jangan lupa untuk tandakan calendar korang untuk ke acara Splash Buldak di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur bermula 18 hingga 22 September 2024 nanti bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Unnamed 27

Korang jangan risau tentang status halal sebab semua sos ada sijil halal daripada Korea Muslim Federation (KMF).

Kita jumpa di sana tau, jangan lupa, bawa makanan kegemaran korang dan #BuldakkanJer! Ikuti laman sosial rasmi Samyang di Instagram tau.

Sumber: Samyang