Semalam, penyanyi Allahyarham Nidza Afham ditemui meninggal dunia di Sungai Klang selepas arwah dilaporkan hilang ketika keluar berjoging.
Berita duka ini telah membuatkan keluarga arwah sedih termasuklah peminat dan netizen yang menunggu update arwah sejak semalam lagi.
Netizen jumpa posting arwah
Bagaimanapun, netizen telah menjumpai satu hantaran milik Nidza Afham di platform Threads yang mahu pengikutnya menghadiahkan Al-Fatihah selepas dia ‘pergi’ buat selama-lamanya.
Artikel berkaitan: “Berkatalah benda yang baik” – Abang Ipar Nidza Afham Minta Netizen Henti Buat Spekulasi Tentang Arwah
Artikel berkaitan: “Baliklah Afham” – Masih Belum Ditemui, Bapa Laung Azan Cari Penyanyi Hilang
Sedekahkan Al-Fatihah bila saya sudah tiada.
Hantaran tersebut kini meraih ratusan likes dan shares dan ramai netizen mendoakan arwah di ruangan komen.
Posting bulan Ogos tahun lepas
Pun begitu, hantaran arwah di Threads itu juga tular di TikTok dan netizen mengaitkan tarikh hantaran itu dimuat naik sama dengan bulan arwah Nidza Afham ditemui meninggal dunia.
Baru perasan posting tu bulan Ogos 2023. Siapa sangka dia betul-betul ‘pergi’ pada bulan Ogos 2024. – netizen
Tarikh tu kebetulan ke? 27 Ogos 2023 (10 Safar) dan semalam 15 Ogos 2024 (10 Safar). – netizen
@aieynyong al fatihah, dia punya ayat tu makan dalam. #nidzaafham
Menjengah ke ruangan balas, ramai netizen lain juga mendoakan arwah agar ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Terdahulu, adik kepada arwah Nidza Afham, Aufahanie memaklumkan di media sosial mengenai kehilangan abangnya selepas keluar untuk berjoging di Stadium Klang pada waktu malam.
Difahamkan, mesej terakhir arwah adalah pada jam 9.04 malam dan sekitar jam 7 malam (Rabu), pihak bomba menjumpai mayat lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang sebelum polis mengesahkan mayat itu adalah Nidza Afham.
Al-fatihah..