in

Bukti Kreativiti Lebih Hebat Dari Duit, Ini 5 Filem Yang Bajet Rendah Tapi Pecah Rekod Box Office

Untitled design 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ikutkan, nak hasilkan satu filem bukan kerja yang murah. Kos produksi boleh mencecah berjuta-juta ringgit sebab ia melibatkan sewa lokasi, set, pakaian sampailah bayar pekerja seperti kru dan pelakon. Ini pun belum lagi kira dengan kos proses suntingan, muzik dan pemasarannya nanti.

Tapi kalau kita kreatif dan berjiwa besar serta tahu macam mana nak manfaatkan setiap bajet dengan bijak, semua tu bukan mustahil. Malah, ada filem yang bermodalkan bajet yang sangat rendah tapi berjaya pecah rekod ‘box office’So, ini maksudnya duit bukanlah segala-galanya.


Kalau korang curious filem apa yang dihasilkan dengan bajet yang rendah tapi berjaya pecah rekod ‘box office’, boleh teruskan baca artikel di bawah.

Artikel Berkaitan: “Penonton suka sangat” – Selama 3 Dekad, Filem Klasik Bollywood Ini Masih Lagi Relevan Ditayang Di Pawagam – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: “Dah tak sanggup lagi” – Ini 6 Filem Yang Hampir Buat Bintang Hollywood ‘Give Up’ Dengan Kerjaya Lakonan Mereka – Lobak Merah

1. The Breakfast Club 

the breakfast club

The Breakfast Club yang dikeluarkan pada tahun 1985 menceritakan tentang lima remaja yang berlainan latar belakang iaitu Athlete, Brain, Criminal, Princess dan Basket Case yang terperangkap ketika berada dalam kelas tahanan sekolah pada hari Sabtu.

Penulis dan pengarah filem ini, John Hughes menggambarkan watak-watak ini semua berada dalam satu bilik sebab beliau ingin memfokuskan pada karakter masing-masing. Filem ini juga dikatakan bermula sebagai filem indie kerana tidak menggunakan pengarah dan pelakon yang terkenal pada waktu itu.

The Breakfast Club bermula sebagai filem indie kecil dengan pelakon yang belum terkenal dan pengarah yang juga baru dikenali,” kata penerbit eksekutif Andrew Meyer.

Bajet yang ditetapkan untuk filem tersebut hanyalah sebanyak $1 juta, tapi filem ni berjaya kutip lebih $50 juta, menjadikan bukti bahawa idea dan kreativiti boleh menjayakan sesebuah filem tersebut.

Pemilihan pelakon merupakan perkara yang paling penting sehinggakan mereka meminta barisan pelakon untuk cuba tinggal bersama selama beberapa minggu sebelum bermulanya sesi penggambaran supaya mereka lebih selesa dengan antara satu sama lain.

Hal ini kerana, Hughes merasakan isu remaja bukanlah perkara yang ringan pada waktu itu jadi Hughes ingin mereka untuk betul-betul menjiwai watak mereka sebagai pelajar sekolah. Kini, filem ini dianggap sebagai klasik filem remaja yang tak lapuk ditelan zaman.

2. Halloween 

halloween

Halloween yang dikeluarkan pada tahun 1978 merupakan filem seram klasik yang memperkenalkan watak pembunuh bersiri ikonik iaitu Michael Myers. Filem ini mengisahkan Michael yang dibebaskan dari institusi mental dan kembali ke kampung halamannya di Haddonfield untuk memburu remaja-remaja yang tinggal di sana.

Filem ini diarahkan oleh John Carpenter yang juga menulis dan menghasilkan muzik latar yang bersifat thriller ini hanya meletakkan bajet sekitar $300,000 pada filem tersebut. Tanpa disangka, filem ini berjaya mengutip lebih daripada $70 juta di seluruh dunia, menjadikan filem ini adalah salah satu filem yang menguntungkan pada waktu itu.

Kejayaan filem ini bukan sahaja kerana jalan ceritanya yang menakutkan, tetapi juga penggunaan teknik cinematography yang bagus, muzik latar yang menakutkan serta suasana tegang yang turut membuatkan penonton tidak senang duduk menjadi asbab filem klasik ini boleh mencapai keuntungan besar.

Halloween kemudiannya menjadi asas kepada satu siri franchies termasuklah banyak pembuatan sequel dan remake yang dianggap sebagai tonggak utama dalam sejarah filem seram.

3. Friday the 13th 

friday the 13th

Friday the 13th yang dikeluarkan pada tahun 1980 ini terkenal sebagai filem seram klasik sehinggakan orang ramai masih teringatkan kisahnya setiap kali 13 haribulan pada hari Jumaat kunjung tiba.

Filem ini bermula dengan sekumpulan remaja yang berkhemah di Kem Crystal Lake dan setiap seorang daripada mereka ini diburu oleh pembunuh bermisteri.

Filem ini diarahkan oleh Sean S. Cunningham dan menjadi fenomena kerana menggabungkan kisah seram yang penuh dengan suasana yang tegang dengan memperkenalkan watak pembunuhnya iaitu Jason Voorhees. Wataknya juga amat terkenal dengan memakai topeng hoki.

Penggambaran filem ini dikatakan berjalan dalam hanya beberapa minggu saja dengan bajet yang sangat rendah. Apabila filem ini ditayangkan di pawagam dan meraih kutipan ‘box office’ yang besar, kejayaan filem ini amat mengejutkan Cunningham, Paramount Pictures dan seluruh produksi filem tersebut.

Hal ini kerana, mereka tidak berniat untuk menjayakan filem tersebut dan hanya menganggap filem tersebut sebagai mengisi masa sebelum beralih ke projek seterusnya.

Waktu tu kami cuma cuba untuk terus bekerja. Dalam fikiran kami, fikir untuk isi masa kosong saja,” kata Cunningham dalam sebuah temu bual bersama Esquire. 

4. Juno 

juno

Filem Juno ini dikeluarkan pada tahun 2017 mengisahkan seorang remaja perempuan Juno MacGuff yang hamil di usia muda dan berdepan dengan sukar dalam membuat keputusan mengenai masa depan bayi tersebut.

Filem ini diarahkan oleh Jason Reitman dan ditulis oleh Diablo Cody yang hanya memfokuskan tema yang ringan tapi masih menyentuh sifat sentimental mengenai kehamilan remaja, keluarga dan persahabatan.

Walaupun bajet filem ini tidaklah serendah filem-filem lain, namun filem ini berjaya meraih kutipan lebih daripada $231 juta di seluruh dunia, membuktikan bahawa cerita yang baik dan lakonan mantap boleh menarik perhatian penonton tanpa perlu produksi besar.

Watak Juno yang dimainkan oleh Ellen Page ini membuatkan penonton turut boleh merasakan konflik dan humor remaja itu. Malah, Cody juga merasakan watak Juno itu sangat dekat dengan dirinya.

Juno macam salah satu emosi peribadi diri saya. Saya masukkan banyak pengalaman sendiri dalam filem ini sampai saya terkejut filem ini boleh jadi begitu tersusun. Saya berjaya masukkan setiap orang, keunikan, dan benda yang ada makna dalam hidup saya ke dalam skrip sebab saya nak ia betul-betul rasa personal, bukan sesuatu yang biasa-biasa je.” katanya pada The Telegraph. 

Filem ini juga mendapat pujian serta memenangi Academy Award untuk Best Original Script dan menjadi titik tolak kepada pengiktirafan Diablo Cody sebagai penulis skrip muda yang berbakat.

5. Paranormal Activity 

paranormal activity

Paranormal Activity yang dikeluarkan pada tahun 2007 adalah filem seram yang menggunakan konsep ‘found footage’ untuk menceritakan kisah pasangan muda yang diganggu oleh kehadiran entiti ghaib di rumah mereka.

Filem ini diarahkan oleh Oren Peli dan menekankan suasana menakutkan menerusi rakaman kamera rumah di mana ia tidak memerlukan kos yang mahal dalam menghasilkan kualiti tersebt. Dengan bajet hanya sekitar $15,000, filem ini menjadi fenomena global selepas ditayangkan di pawagam serta meraih kutipan lebih $194 juta di seluruh dunia.

Kekuatan filem ini terletak pada pendekatan minimalisnya iaitu penggunaan kamera seperti CCTV, situasi harian dan suasana tegang yang perlahan-lahan membina rasa takut. Penonton jadi mudah tertarik kerana filem itu menunjukkan suasana realistik seperti mereka juga berada dalam rumah tersebut,

Filem ini kemudiannya membuka jalan kepada menghasilkan sebuah siri franchise termasuklah beberapa sequel dan menjadi contoh utama kepada bagaimana idea kreatif dan bajet rendah masih boleh menghasilkan sebuah filem yang hebat.

Jadi, filem-filem ini terbuktilah bahawa bajet bukan penentu kepada kejayaan sesebuah filem. Dengan idea yang kreatif, skrip dan jalan cerita yang hebat serta pencarian pelakon yang tepat, sebuah filem boleh menjadi fenomena global dan meraih kejayaan luar biasa di ‘box office’ juga.

Sumber: Star Insiders

Sumber: IMDB
Sumber: People
Sumber: Page Six
Sumber: IMDB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.