in

“Bukti kena cukup padu” – Ramai Tak Faham Dakwaan Ke Atas Ibu & Bapa Zayn Rayyan, Ini Penjelasan Peguam…

Collage 7 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua orang tahu, selepas enam bulan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) membuat siasatan ke atas kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin sejak dia dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu, telah pun berakhir dengan dakwaan ke atas Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Seperti yang diketahui, kedua-dua ibu dan bapa Zayn Rayyan sebelum ini telah direman dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berdasarkan petunjuk dan bukti yang diperolehi di lokasi kejadian dan bedah siasat, namun selepas berbincang dengan pihak Timbalan Pendakwa Raya, tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan adalah akta yang paling sesuai digunakan untuk kes ini buat masa sekarang.


Zayn1 1 1024X734 1

Selepas selesai pertuduhan dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Sesyen, kedua-dua mereka, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah. Di media sosial pula, ramai netizen tertanya-tanya kenapa Zaim dan Ismanira hanya didakwa atas kesalahan pengabaian anak dan bukan di bawah Seksyen 302.

Ekoran ini, peguambela dan peguamcara Nor Zabetha telah menerangkan undang-undang mengenai kes pembunuhan Zayn Rayyan ini bagi membuatkan orang-orang biasa macam kita ni faham. Kalau nak tahu, jom baca penerangannya dekat bawah ni.

Artikel berkaitan: Selepas Dibawa Ke Hospital Oleh JKM, Adik Zayn Rayyan Ditempatkan Di Institusi Kebajikan Selama 2 Bulan

Artikel berkaitan: Polis Siasat Kes Penyebaran Maklumat Dari ‘Edisi Siasat’ Pasal Kes Bunuh Zayn Rayyan

Kalau kes kanak-kanak mati tak boleh link dengan bukti, kesalahan suspek jatuh bawah Seksyen 31

Menurut Nor Zabetha, Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 ini merupakan Seksyen yang sama Bainun didakwa dalam kes penderaan kanak-kanak OKU, Bella.

Serius atau tidak dakwaan ini? Seriuslah. Kalau kes ada kanak-kanak mati tetapi tak boleh nak ‘link’ kan dengan bukti, kesalahan suspek juga adalah bawah Seksyen 31 ini.”

Peguam ini menjelaskan, antara kes bayi meninggal dunia tetapi suspek disabitkan di bawah Seksyen ini adalah kes kematian Adam Rayqal, bayi malang yang maut dan kemudian disimpan dalam peti ais oleh pengasuhnya.

21Adam

Selain Seksyen 31, pengasuh itu juga turut didakwa di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana sembunyikan kematian mangsa.

Dalam kes ini, mula-mulanya pengasuh mesej/whatsapp pada maknya ada lelaki lain yang ambil Adam. Kononnya dia ingatkan bapa si Adam, jadi dia serahkan.Terkejut ibu mangsa, mana ada ayahnya ambil. Mana anaknya pergi? Siapa ambil? Pengasuh kata dia telah serahkan. Pada peringkat awal, mungkin kes ini kes culik.

Tujuan pengasuh menghantar whatsapp/mesej palsu untuk kata bahawa kononnya Adam dibawa lari orang. Sedangkan Adam dah mati dan dia sembunyikan dalam peti ais. Dia simpan dalam bungkusan.

Ibu Adam buat laporan polis. Orang terakhir dengan Adam adalah si pengasuh. Polis pun tanya dan tanya soalan kepada pengadu sewaktu siasatan.

Akhirnya dia mengaku. Tetapi dia tidak mengaku melakukan pembunuhan. Adam ditemukan dalam peti ais.

Nor Zabetha turut mengatakan yang dia pernah terbaca penulisan peguam yang mewakili pengasuh tersebut mengatakan bahawa dia tak sengaja sebabkan Adam jatuh dan meninggal. Ekoran panik, dia telah menyembunyikan mayat tersebut.

Tindakan ini menurut Nor Zabetha adalah satu perkara yang tak perlu dibuat. Ini kerana, selepas membuat pengakuan bersalah, peguam pengasuh tak perlu nak ceritakan hal yang berlaku semasa hari kejadian atau cuba untuk menangkan yang salah.

Bukan daging sembelihan untuk dibungkus-bungkus dan dimasukkan dalam peti sejuk.”

Ketika siasatan, pengasuh masih mengatakan yang dia tak bunuh Adam dan kematian tersebut adalah tidak disengajakan.

Tak boleh ‘link’ kematian dengan pembunuhan

2426762 1

Jelas Nor Zabetha, untuk membuktikan kes bunuh yang boleh disabitkan di mahkamah, pihak pendakwa perlu ada mayat dan kematian tersebut disebabkan oleh perbuatan seseorang. Dalam kes Adam dan Zayn, kedua-duanya ada.

Namun begitu, siasatan dan dakwaan perlu membuktikan orang ditangkap atau suspek tersebut yang telah membunuh. Untuk ini, bukti lanjut perlu diperolehi seperti senjata, saksi mata atau orang yang boleh menyokong untuk tunjuk bahawa si mati telah mati di tangan tertuduh. Selain itu, perbuatan tertuduh yang membunuh menyebabkan dia mati. Tertuduh tahu dan berniat untuk membunuh. Tak sengaja dan tak tahu tak boleh.

Untuk kes Adam, polis mempunyai mayat dan diketahui bahawa bayi malang ini mati kerana trauma daya tumpul dan bukan disebabkan tersedak susu atau asma namun mati tercedera.

Persoalannya ialah bagaimana dia peroleh luka itu, terjatuh, diketuk, dihentam atau dihentam? Jadi disini itu isunya? Siapa nampak pengasuh itu, memukul? Mengetuk? Mendera? Mana senjata?Apa yang hendak dibuktikan di mahkamah? Mana senjata

“Apabila hakim tanya, betul ke tertuduh yang membunuh? Bukan senang-senang hendak jatuh hukum.”

Tambahnya lagi, pertuduhan membunuh ini sangat susah untuk dibuktikan sehingga dalam kes Kadet Zulfarhan yang mengalami luka-luka akibat perbuatan semua tertuduh juga tidak didakwa di bawah Seksyen 302 tapi disabitkan di bawah kesalahan Seksyen 304(a) KK yang menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh.

Walhal cukup bukti, ada mayat, meninggal dunia sebab perbuatan semua tertuduh, ada kesan luka, memang dibuktikan tertuduh yang buat. Cumanya, hujahnya manalah nak sangka tekap orang dengan sterika dan mendera begitu menyebabkan orang mati.

“Begitulah undang-undang. Bukti kena cukup padu. Baru boleh dakwa dan tuduh.”

Dalam kes Adam, pengasuh mengaku abai dan cuai sehingga sebabkan kematian tapi tak mengaku membunuh jadi dia telah didakwa di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 201 KK menyembunyikan kematian.

Untuk kes Bainun pula, dia tidak dituduh mendera atau mencederakan tetapi didakwa di bawah Seksyen 31. Ini kerana, kalau kesalahan mendatangkan kecederaan parah di bawah Seksyen 326 KK, perlu dibuktikan bahawa memang dia yang mendatangkan kecederaan.

Ekoran tak ada CCTV dan tak boleh nak tanya sendiri pada Bella, Bainun hanya boleh didakwa dengan tuduhan yang pasti iaitu Bella diabai, dianiaya dan didedah dengan kecederaan dan bahaya fizikal.

Seperti kes Zayn, walaupun asalnya siasatan di bawah Seksyen 302, hasil perbincangan dengan pendakwa raya berdasarkan bukti, akta paling sesuai adalah Seksyan 31.

Bila baca ni barulah faham macam mana susahnya nak siasat apa-apa kes. Yelah, hakim pun kalau nak jatuhkan hukuman bersalah tak boleh nak ada keraguan langsung.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.