Bukan setakat dekat Malaysia, tapi kebanyakan negara yang terkesan dengan wabak Coronavirus tengah alami krisis kekurangan topeng muka!
Buktinya, sampai ada yang sanggup dapatkan topeng muka dengan cara yang tak elok! WORLD OF BUZZ melaporkan, seorang lelaki dari Hong Kong berkongsi di Facebook tentang insiden malang menimpa ibunya.
Menurutnya, pada 3 Februari baru-bari ini, ibunya telah keluar pergi kedai bertujuan untuk membeli topeng muka. Selepas mengambil topeng muka dan beratur di kaunter pembayaran, ibunya berjaya mendapatkan bekalan topeng muka untuk mereka sekeluarga.
Tapi sebaik saja keluar dari premis kedai itu dan mahu pulang ke rumah, seorang perompak tiba-tiba menghalangnya daripada terus berjalan.
Ketika mahu pulang ke rumah, ibu saya telah dirompak. Waktu kejadian, salah satu tangannya sedang memegang kotak topeng muka itu dan beg dompetnya pula ada di sebelah lagi tangan.”
Tanpa disangka-sangka, perompak itu bukan mahukan dompetnya tapi terus merampas kotak topeng muka dari tangan dan terus melarikan diri.
Kata individu itu, semua orang harus berhat-hati dalam situasi yang kritikal sekarang. Kalau dulu kita kena jaga barangan berharga tapi sekarang kotak topeng muka pun dah jadi sasaran penjenayah.
Beberapa netizen yang baca perkongsian itu terkejut dengan insiden tersebut dan ada yang berkata mereka sendiri pernah melalui pengalaman yang lebih kurang sama. Beberapa netizen lain juga kongsi cerita yang sanitiser mereka letak di dalam bag turut dicuri.
Sampai begitu sekali. Sama ada dia curi untuk diri sendiri atau untuk jual dengan harga lebih mahal…
Baca: “Penangan Virus!” – Jualan Online Topeng Muka Xiaomi LAKU KERAS Sampai ‘Website Server Down’