in

Bukit Aman Siasat Video Tular ‘Bayar di Balai 300, Sini 100’ Libatkan Anggotanya

Untitled design

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, tular sebuah video yang memaparkan tindakan seorang anggota polis yang bertindak meminta wang sebanyak RM100 daripada pelancong warga asing dengan alasan mereka melanggar undang-undang jalan raya.

Difahamkan, anggota polis trafik itu didakwa mengeluarkan saman kerana pelancong itu memandu melebihi had laju, kemudian meminta wang sebanyak RM100 jika tidak mahu ke balai dan membayar saman sebanyak RM300.


Artikel berkaitan: “Bayar di sini RM100, di balai RM300” –  Warganet Berang, Pelancong Dari UK Diminta Bayar Saman ‘On The Spot’

Artikel berkaitan: 2 Polis Ditahan, Didakwa Ugut Minta Duit & Rogol Pelajar Kolej Perempuan

Menurut laporan Astro AWANI, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSJPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata PDRM mengambil maklum video yang tular di media sosial pada Ahad dan siasatan terperinci akan dijalankan.

“Pihak JSPT mengambil maklum akan kejadian yang berlaku dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan tersebut serta tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat,” katanya.

Selain itu, beliau turut meminta agar pihak-pihak yang berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, video yang berdurasi 50 saat itu tular di media sosial dan menimbulkan persoalan daripada netizen.

Dalam video berkenaan, pelancong tersebut juga bertanya adakah mereka perlu untuk menunjukkan dokumen perjalanan mereka namun polis trafik itu terus beredar selepas menerima wang sebanyak RM100 itu.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.