in

“Bukan rasmi”- Sama Seperti Senarai Orang Dikehendaki, Poster Atlet Olimpik Malaysia Rupanya Sekadar ‘Fan-made’

Atlet Olimpik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas reda isu uniform atlet Malaysia yang layak ke Olimpik Paris 2024 yang dikritik ramai gara-gara rekaannya yang dikatakan tidak begitu cantik, baru-baru ini kecoh pula di media sosial tentang poster gambar 26 atlet negara yang disamakan seperti senarai orang yang dikehendaki.

Rata-rata warganet mengkritik pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berhubung poster gambar kontinjen Malaysia tersebut.


Namun, untuk makluman semua, gambar kontinjen Malaysia berkenaan bukanlah yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak KBS atau MOM sebaliknya ia hanyalah poster fan-made yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial di platform X.

4 3

Artikel Berkaitan: “Pakaian rasmi baharu” –  Kontinjen Malaysia Dapat ‘Belang’ Baru Untuk Olimpik Paris 2024

Artikel Berkaitan: Uniform Team Atlet Mongolia Ke Olimpik 2024 Jadi Tumpuan, Memang Cantik!

Difahamkan, pengguna media sosial yang memuat naik gambar kontinjen Malaysia itu menjelaskan bahawa gambar-gambar berukuran passport itu yang digunakan dalam poster fan-made tersebut sebenarnya diambil dari website rasmi Olimpik Paris 2024 di mana gambar-gambar itu merupakan gambar yang digunakan dalam kad akreditasi setiap atlet, lapor Harian Metro.

Difahamkan, kad akreditasi merupakah sebuah dokumen yang membolehkan atlet dan staf berkaitan mengakses lokasi-lokasi pertandingan dan acara sukan tersebut nanti.

Jika anda lihat di website rasmi Olimpik itu juga, setiap atlet dari negara lain juga mempunyai gambar yang dipamerkan seperti kontinjen Malaysia. Anda boleh akses laman sesawang itu di sini.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.