Sejak semalam, kecoh di media sosial berkenaan seorang individu yang bertindak memukul kepala seorang wanita gara-gara terlalu marah dengan cara pemanduannya.
Video itu menimbulkan kemarahan ramai netizen dan individu yang juga dikenali sebagai abang baju merah itu telahpun ditahan oleh pihak polis.
Hari ini, sebuah lagi video tular di TikTok yang menceritakan lelaki berkenaan sebenarnya pernah menampar pekerja kedai makan steamboat yang terletak di Cameron Highland.
Perkara ini diceritakan oleh seorang wanita yang menjadi saksi di tempat kejadian pada 4 Jun lalu, ketika itu dia dan keluarganya sedang makan di restoran tersebut.
https://www.tiktok.com/@cadar_puterichantique/video/7241747794652859650?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7198342224609445378
“Dia dah tampar sekali, kami malas nak ambil tahu. Lepas tu, dia lempar makanan. Kemudian dia tampar lagi pekerja lain, berkali-kali sampai kitorang tak tahan.
Kami suruh dia stop, tegur dia sebab ramai orang dekat sini,” katanya.
Menurutnya, lelaki berkenaan datang ke meja mereka kemudian bergaduh lagi dengan ahli keluarganya sebelum wanita tersebut mengugut untuk memanggil pihak polis. Kemudian, pergaduhan itu dapat dileraikan apabila lelaki berkenaan ditarik oleh isterinya.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang individu yang mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut kerana menghentikan tindakan lelaki itu serta back up pekerja tersebut.
Harap takde lagi lah kes macam ni…
Baca: ‘Tunjal’ Dahi Wanita, Lelaki Berlagak Samseng Kini Diberkas Polis