in

“Bukan Tingkatan 1 tau” – Guru Dedah Silibus BM Murid Darjah 1, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Page Murid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seiring dengan pemodenan negara, banyak aspek yang mula dibangunkan. Bukan itu sahaja, dari segi pendidikan di Malaysia juga telah mula dinaiktaraf mengikut keupayaan intelektual anak muda zaman sekarang.

Ini kerana, anak muda sudah semakin bijak dan mampu untuk mengikut apa yang diajar oleh guru mereka.


Namun lain pula cerita tentang satu posting yang tular di Facebook sejak Isnin lalu, seorang guru yang dipercayai merupakan guru sekolah rendah telah berkongsikan senarai silibus pengajian Bahasa Melayu bagi murid Tahun 1.

Fb 1

Fb 2

Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata terkejut kerana lambakan jenis pembelajaran yang boleh dikatakan agak melampau bagi murid Tahun 1 dan ada juga yang turut meluahkan keadaan sebenar anak-anak mereka.

New Komen

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan di bahagian komen tentang silibus yang sepatutnya diajar untuk murid berusia 7 tahun seperti belajar untuk membaca, bertutur dengan baik dan juga mengenal suku kata perkataan.

“Mereka harus seronok belajar bahasa, barulah akan lahir cinta terhadap sesuatu matapelajaran. Pendekatan ini penting terutamanya apabila melibatkan bahasa kebangsaan kita.” – Komen netizen

Sebagai harapan, guru yang dikenali sebagai Mohd Fadli itu turut memberitahu bahawa silibus pembelajaran harus diperlihatkan semula dengan lebih terperinci agar lebih sesuai untuk diterapkan kepada murid mengikut keupayaan mereka.

Perkongsian tersebut kini telah mendapat lebih dari 11 ribu reaksi dan 2 ribu komen di Facebook.

Semoga adik-adik semua masih lagi seronok untuk belajar dan ke sekolah yaa… Nanti ada kenangan best-best untuk dikenang bila dah besar…

Baca: “Besar pahala guru” -[Video] Netizen Kagum Tengok Guru Sabar ‘Guide’ Pelajar OKU Di Sekolah

Ft Cikgu Ajar Pelajar Oku

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.