Dalam kebimbangan orang ramai pasal Covid-19 yang mengancam nyawa kita, wujud pula orang yang ambil hal ini sambil lewa dan sengaja mencetuskan kekecohan.
Ada seorang lelaki buat satu perangai jijik di dalam KTM dengan meludah beberapa kali di depan orang ramai. Perbuatan menjelekkan itu dirakam dan video itu tengah viral di Twitter sekarang.
Ludah, gesek dengan selipar
Dalam rakaman itu dapat dilihat yang pakcik itu usik-usik hidungnya dan meludah sebelum dikesat dengan tapak seliparnya.
Perbuatan itu dilakukan 2 3 kali sehingga sempat dirakam oleh netizen ini, menurut si perakam dia bukanlah tak nak tegur, tapi disebabkan epidemik virus ini, sudah semestinya dia jadi takut jikalau pakcik tersebut ada melakukan satu tindakan yang tak betul kepadanya.
“Rilek ye semua bukan taknak tegur, kang laki aku pulak kena ludah kang naya”
Dalam masa yang sama, ada penumpang lain yang berada di tempat kejadian waktu itu dapat menyaksikan pakcik tersebut melenting bila ditegur. Siap halau orang pergi koc lain.
Weh ni pakcik yang sama meludah depan aku dan kawan kawan aku dalam ktm. dia siap halau aku dan orang sekeliling dalam ktm tu pergi coach lain. bahaya ni penyebar coronavirus ni siap ludah 2-3 kali tu”
Dikatakan, kejadian ini berlaku ketika dalam perjalanan ke Seremban semalam. Perkongsian kedua-dua video yang hampir meraih 10K jumlah retweets itu mendatangkan rasa cemas, jijik dan marah netizen apabila menyaksikan kelakuan pengotor pakcik tersebut.
Geli – Netizen
Ada juga yang menggesa agar pakcik tersebut dikenakan tindakan yang tegas kerana mengganggu ketenteraman awam dan mencetuskan kekecohan di tempat umum. Cukup-cukuplah, jangan timbul lagi panik orang.
Baca : “Train Is Not Your Mosque” – Isu Solat Dalam KTM Jadi Bualan Netizen