Tak salah kalau kita nak berikan hadiah mewah untuk orang yang kita sayang lebih-lebih lagi buat pasangan yang setia menyokong kita sejak dahulu lagi.
Tular beberapa hari lepas, usahawan Kieda Crepe menghadiahkan sebuah kereta jenama Honda kepada suaminya, Hilmi Zaki.
“Bagi kereta mahal, suami curang juga..”
Pun begitu, ada segelintir netizen yang ‘tak senang duduk’ dan risau jika suami usahawan itu akan mencuranginya selepas mendapat bermacam-macam harta. Kieda menerusi media sosialnya telah memberi nasihat kepada orang ramai.
Artikel berkaitan: Kieda Crepe Jual Baju Jenama Sendiri, Peminat K-Pop Dakwa Rekaan Mirip Logo NCT Dream?
Artikel berkaitan: “Saya tiru cara KA” – ‘Sale’ Merosot, Kieda Crepe Tetap Beri Bonus Kepada Staf Guna ‘Saving’ Sendiri
Orang komen hadiahkan suami kereta mahal, nanti suami curang juga. Tapi orang silap, yang curang tu suami dia. Bukan suami kieda.
View this post on Instagram
Belajar dari pengalaman curang orang lain
Dia turut berpesan kepada netizen supaya belajar daripada pengalaman rumah tangga orang lain yang diuji dengan masalah pasangan curang.
Suami nak curang, pilihan dia. Pilihan kita bagi apa-apa kat dia, kereta.. harta benda atas nama kita. Jadi perempuan yang menyayangi lelaki tetapi jangan jadi bodoh sebab kita tengok pengalaman orang lain macam-macam.
Kieda turut menganggap semua kejayaan yang diperoleh sekarang ini adalah dengan izin Allah dan restu daripada suaminya. Jadi, tidak salah untuk menghargai suaminya dengan cara sebegitu.
Tapi, jangan kita lupa kalau tanpa restu seorang suami, kita takkan kemana.. dan tanpa Izin Allah, semua ni takkan terjadi..
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dan menyokong tindakan Kieda.
Betul juga apa yang Kieda cakap ni..