Tidak dinafikan rumah adalah satu aset yang bagus, agak menguntungkan jika aset itu dibuat sewa, bagaimanapun, lumrah dalam sebuah bisnes, pasti akan ada risiko tersendiri.
Antaranya adalah sikap penyewa yang dianggap seperti ‘dari neraka’, tuan rumah ini kerugian hampir RM 6,000 kerana ingin membuat kos penyelenggaraan rumah akibat perbuatan tak bertanggungjawab penyewa. Jijik betul bila melihat keadaan rumah tu.
Artikel Berkaitan : “Penyewa dari neraka” -[VIDEO] Tuan Rumah Bengang, Bilik Sewa Ditinggalkan Macam Tongkang Pecah
Artikel Berkaitan : “Penyewa dari neraka” – LZS Kesal Penyewa Asnaf Tinggalkan Rumah Sewa Rosak & Kotor
Perkara ini dikongsikan oleh anak kepada tuan rumah sendiri, katanya rumah tersebut terletak di Taman Cempaka, Ipoh.
Jelasnya, rumah itu merupakan satu kawasan strategik kerana ada bermacam-macam kemudahan berhampiran dengan rumah itu. Jelasnya, kejadian seperti ini bukanlah sekali dua berlaku tetapi dah banyak kali terjadi.
“Dari sepatutnya raih pasif income tapi jadi sebaliknya.. kos membersih, tunggakan sewa, hutang bil api & air.. tambah lagi nak baik pulih kerosakan sudah cecah 6k (menyamai nilai sewaan selama setahun!!).”
Katanya lagi, untuk menjana pendapatan daripada melakukan bisnes rumah sewa tidaklah semudah yang disangka. Jadi dia menyarankan agar melantik Real Estate Negotiator.
“Lepas ni kena letak tepi dah bab kesian kat org lain.. Kita baca konon nak mudahkan urusan mereka yg sedang dalam kesulitan.. Biarlah lebih bertegas.. jangan naif sgt.. nak masuk sewa rumah kena ikut law.”
Tambahnya, dibiarkan butiran penyewa terpampang buat tatapan ramai bagi memastikan kejadian seperti ini dapat dihindari dan seandainya terjadi lagi, sekurang-kkurangnya ada tindakan tegas yang boleh dibuat.
Sumber : Facebook