in

Bukan Sekadar Potensi, 87% Komitmen Pelaburan Asing Ke Malaysia Dah Jadi Kenyataan

ft miti zairul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak terdetik dalam fikiran, adakah pelaburan berbilion Ringgit yang diuar-uarkan itu benar-benar akan menjadi kenyataan? Soalan ini sering bermain di minda, terutamanya bila kita dengar tentang angka-angka besar yang diumumkan.

Disebabkan itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul, baru-baru ini mendedahkan fakta yang cukup signifikan dalam satu video ringkas iaitu 87% daripada pelaburan yang telah diluluskan sejak tahun 2021 sudah pun berjaya direalisasikan!


Ini bermakna, ia bukan lagi sekadar janji di atas kertas, sebaliknya telah pun bertukar menjadi peluang pekerjaan, pembangunan industri, dan sumbangan nyata kepada ekonomi negara.

Ramai mungkin kurang sedar, setiap kali Perdana Menteri atau menteri-menteri kita mengadakan lawatan ke luar negara untuk menarik pelabur, ia bukanlah sekadar rutin diplomatik. Sebaliknya, setiap misi pelaburan ini dipantau rapi, dari peringkat awal rundingan sehingga projek itu benar-benar beroperasi.

Tengku Zafrul juga menjelaskan, beliau dan Perdana Menteri akan bertemu secara langsung dengan kepimpinan tertinggi syarikat global bagi meyakinkan mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama. Ini jelas menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan.

Apabila sesebuah syarikat asing menyatakan minat untuk melabur, ia akan dikategorikan sebagai “pelaburan berpotensi” dan dipantau teliti oleh Jawatankuasa Task Force Pemudahcara Pelaburan (JT3P). Jawatankuasa ini berperanan penting dalam mempermudah segala proses permohonan dan memastikan tiada halangan birokrasi yang boleh melambatkan pelaksanaan pelaburan. Mudah kata, ada pasukan khusus yang bersedia membantu dan melancarkan urusan pelabur.

515890444 1311576903875212 6156074153172112751 n

Tidak hairanlah jika Malaysia berjaya mencatatkan angka pelaburan tertinggi dalam sejarah pada tahun 2023 dan 2024, masing-masing mencecah RM329.5 bilion dan RM384.4 bilion. Pencapaian luar biasa ini adalah hasil daripada strategi promosi yang agresif dan berterusan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab pelaburan pilihan utama di rantau ini.

Antara senarai ‘pelaburan besar’ dan status terkini masing-masing :

1. Texas Instruments (Amerika Syarikat)

  • Status: TI telah mengumumkan pelaburan sehingga RM9.6 bilion untuk mengembangkan operasi pembuatan mereka di Kuala Lumpur dan Melaka.
  • Perkembangan Terkini: Pembinaan kemudahan pembuatan dan ujian di Kuala Lumpur sudah bermula, dengan pengeluaran dijangka bermula seawal 2025. Di Melaka pula, kilang enam tingkat baharu sedang dalam pembinaan dan dijangka mula beroperasi juga seawal 2025. Ini menunjukkan kemajuan yang positif dan konsisten

2. Amazon Web Services (AWS) (Amerika Syarikat)

  • Status: AWS mengumumkan pelaburan RM25.5 bilion (AS$6 bilion) di Malaysia untuk membangunkan infrastruktur cloud mereka.
  • Perkembangan Terkini: Berita sangat baik! Wilayah AWS Asia Pasifik (Malaysia) di Selangor telah dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2024. Ini bermakna pusat data mereka sudah beroperasi penuh, menawarkan perkhidmatan cloud kepada pelanggan di Malaysia dan rantau ini. Pelancaran ini dijangka menyumbang RM57.3 bilion kepada KDNK Malaysia dan menyokong lebih 3,500 pekerjaan sepenuh masa sehingga 2038.

Jadi, apabila timbul keraguan atau pandangan skeptikal mengatakan pelaburan ini hanya sekadar angka, kita kini punya bukti kukuh: data menunjukkan 87% telah direalisasikan. Ini bukan hanya tentang komitmen di atas kertas, tetapi yang lebih penting, setiap pelaburan yang masuk ini dijangka akan membawa impak positif dan manfaat yang besar kepada ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat Malaysia sendiri.

Ini adalah pelaburan yang kita mahukan – pelaburan yang benar-benar membuahkan hasil dan memberi impak nyata!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.