in

“Bukan sekadar pingat gangsa” – Reaksi Rakyat Malaysia Lepas Kemenangan Aaron-Wooi Yik Buat Ramai Sebak

Kemenangan Pingat Gangsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan hampir kesemua yang menonton perlawanan badminton beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dengan pasangan dari Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Kim Astrup nyaris terkena serangan jantung dek kerana sengitnya perlawanan tersebut.

Namun mujurlah kemenangan berpihak kepada Aaron dan Wooi Yik apabila mereka memenangi perlawanan tersebut dengan mata 16-21, 22-20, 21-19 pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, Paris.


Aaron Chia Soh Wooi Yik E1722516229923

Membawa pulang pingat pertama negara merupakan sesuatu yang sangat membanggakan dan kegembiraan Aaron dan Wooi Yik juga dirasai rakyat Malaysia yang menonton perlawanan itu.

Artikel berkenaan: “Gilalah game ni” – Pertahan Gangsa, Lee Chong Wei Anggap Aaron-Wooi Yik Hero Negara

Artikel berkenaan: Atlet Filipina Jadi Yang Pertama Rangkul Pingat Emas Bagi Wakil Negara Asean Di Sukan Olimpik Paris 2024

“Bukan sekadar gangsa” 

Reaksi kemenangan Aaron dan Wooi Yik itu telah dimuat naik secara kompilasi di dalam sebuah video di TikTok yang tular semalam.

Dapat dilihat reaksi rakyat Malaysia yang bersorak apabila beregu dari Malaysia itu dapat menewaskan beregu dari Denmark tersebut, tidak kiralah di kedai dalam mall atau di kedai mamak.

@yuyurandom

Congratulation our MD ❤️ beyond proud dan hadiah untuk Hari Kemerdekaan[#aaronchia#sohwooiyik#fypmalaysia]

♬ Cars Outside – Hans

Malah sorakan juga kedengaran di sebuah apartment apabila majoriti penghuninya teruja dengan kemenangan perlawanan badminton tersebut. Fuh bergenang air mata min tengok video ni! 

“Ini baru bronze kami dah bangga sangat” 

Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang meluahkan rasa sebak serta bangga mereka terhadap Aaron dan Woo Yik di atas kemenangan tersebut.

Menurut netizen, walaupun pasangan beregu ini tidak memenangi pingat emas atau perak, mereka tetap bangga dengan kejayaan itu.

Bronze Comment

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik pernah memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan gandingan berpengalaman Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14.

 Apa-apapun hari ini mari kita bagi full support pada Lee Zii Jia bagi memburu pingat gangsa yang kedua! 

Sumber: TikTok, Buletin TV3

Sumber: UM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.