Beberapa hari lepas, peminat industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pelakon wanita berbakat besar iaitu Nad Zainal terpaksa dimasukkan ke ICU akibat jangkitan kuman pada paru-parunya.
Namun, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan khabar angin bahawa pelakon yang berusia 32 tahun itu dimasukkan ke hospital akibat buah pinggang yang bermasalah gara-gara pengambilan ubat kurus.
Khabar angin tersebut telah disangkal oleh pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat.
Pengarah tersebut menyangkal dakwaan berkenaan menerusi akaun Instagramnya semalam.
https://www.instagram.com/p/ClbFVgyvfu6/?utm_source=ig_web_copy_link
Pengarah drama itu juga mengharapkan warganet agar mendoakan Nad Zainal supaya dia akan sembuh seperti sediakala.
Dalam masa yang sama juga, keadaan pelakon drama itu juga dilaporkan semakin bertambah baik.
Tak baik tau sebar berita atau khabar angin yang tak berasas macam ni.
Yang penting, sama-sama lah kita berdoa agar Nad Zainal cepat sembuh dan dapat kembali ke pangkuan keluarga dan anak-anaknya secepat yang mungkin.
Baca: “Tak faham sastera ke?”- Ada Warganet Kecam Tajuk Drama Matahari Tak Bercahaya?