Seperti yang kita semua sedia maklum, antara kes cerai melibatkan artis yang mengejutkan ramai netizen ialah seperti kes Diana-Farid, Puteri Sarah-Syamsul Yusof dan Hafidz Roshdi dengan isterinya, Shuhada.
Namun terbaru, sejak minggu lepas lagi bertiup kencang khabar angin yang mengatakan ada lagi kes cerai berlaku melibatkan satu pasangan artis yang sudah lama mendirikan rumah tangga.
Linda Hashim & Beego bercerai tapi…
Tampil menjelaskan khabar angin tersebut, Linda Hashim, 39 dan suaminya, Beego, 43 mengesahkan mereka pernah bercerai pada 27 Mac lepas namun kembali rujuk semula pada 9 April lalu ketika masih dalam tempoh edah.
Menurut Harian Metro, Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim berkata, perceraian dia dan suami tiada kena mengena dengan isu ‘penyondol’ atau isu lain seperti kewangan.
Perceraian kami bukan disebabkan oleh penyondol (orang ketiga). Begitu juga, bukan kerana masalah kewangan sebagaimana dihadapi pasangan lain.
“Macam yang saya katakan, kami memang berhadapan masalah persefahaman dalam komunikasi. Ia berpunca, mungkin kerana banyak perkara yang masing-masing pendam di dalam hati sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, mereka juga ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
Terkejut kedatangan ke mahkamah diketahui media
Beego pada masa yang sama mengatakan apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka adalah asam garam dalam perhubungan setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin.
“Saya percaya, setiap pasangan yang berkahwin itu akan berhadapan ujian-ujiannya. Lima tahun awal (berkahwin) diuji dengan persefahaman dan untuk 10 tahun perkahwinan pula diuji perkara lain.
“Apapun, saya bersyukur kami boleh berbaik semula dalam tempoh yang singkat dan dapat menyelamatkan rumah tangga ini semula demi perasaan kami dan anak-anak,” katanya.
https://www.instagram.com/p/Cr97PJIBqtP/
Dalam pada itu, Beego juga terkejut apabila kedatangan mereka ke mahkamah diketahui pihak media kerana selama ini dia dan isteri tidak berkongsikan kisah mereka di media sosial.
Beego dan Linda sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata bernama Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
Syukur alhamdulillah jodoh mereka masih panjang untuk bersama.
Baca: “Kalau ikut perjanjian awal patutnya dah selesai dah” – Syamsul Yusof Dedah Sebab Tak Jadi Cerai