in

“Bukan saya yang terj*n” – Lelaki Mohon Orang Ramai Henti Kongsi Kad Pengenalan Miliknya

bukan saya jambatan pulau pinang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial berita mengenai seorang lelaki yang dikhuatiri lemas dipercayai terjun dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari pulau menghala ke Seberang Perai.

Berdasarkan posting yang dimuat naik page Penang Press di Facebook, dapat dilihat gambar menunjukkan mangsa meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal jenis Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan tersebut.


Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa juga dilaporkan giat dijalankan dengan melibatkan penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Maritim Malaysia dan Polis Marin.

Artikel berkaitan: Misteri Kenderaan Terbiar Di Jambatan Pulau Pinang, Ramai Terkejut Bila Tahu Kisah Sebenar

Artikel berkaitan: “Mayat masih dicari” – [VIDEO] Rakaman Dashcam Detik Ketika Lelaki Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Viral di FB

“Bukan saya yang terjun” 

Walau bagaimanapun, seorang pemuda hari ini telah memuat naik video merayu orang ramai berhenti menyebarkan gambar MyKad atau kad pengenalan miliknya yang kononnya dikatakan sebagai mangsa terjun dalam kejadian semalam.

Dalam video berkenaan, lelaki yang dikenali sebagai Mohammad Aidil Hakim berkata, dia hanya bertindak sebagai saksi dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.56 petang semalam.

Ini video klarifikasi (penjelasan) untuk isu yang tengah viral malam ini (malam tadi), kes terjun Jambatan Pulau Pinang. IC yang dikongsi di grup-grup itu merupakan gambar IC saya. Saya ialah saksi kejadian dan bukan saya yang terjun.

“Untuk klarifikasinya, saya punya IC diambil gambar oleh dua pihak iaitu pihak yang pertama, pihak polis dan pihak yang kedua, pihak bomba.

“Saya tak tuduh mana-mana yang bocor, saya cuma minta pada siapa yang dapat gambar IC saya supaya padam segera dan pada grup-grup yang masih duk kongsi, padam segera,” katanya. 

Aidil juga pada masa yang sama menegaskan yang dia terpaksa memasukkan nombor mereka yang terlibat dalam penyebaran gambar ICnya itu dalam laporan polis jika masih ada individu yang menyimpan dan berkongsi ia ke khalayak ramai.

Sumber: Kosmo, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.