Kemenangan penyanyi Jaclyn Victor menerusi program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) malam tadi ternyata menjadi topik perdebatan dalam kalangan netizen gara-gara ada yang tidak berpuas hati dengan pilihan juri.
Difahamkan, perdebatan bermula apabila ramai meramal Liza Hanim berhak menyandang gelaran Juara.
Sedar ada yang mempertikaikan kemenangannya, Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac meminta peminat bertenang dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka.
Artikel berkaitan: Hetty Koes Endang ‘Claim’ Nyanyian Nana Lagi Sedap Dari Alyah, Tapi Netizen Tak Setuju Sebab…
Artikel berkaitan: Azharina Bakal Ambil Tindakan Undang-undang Isu Lagu La Bamba, Konon Didakwa Kantoi Tipu Tok Ram
View this post on Instagram
“Peminat boleh bawa bertenang. Bukan saya yang berikan markah.
“Saya tidak tahu kriteria markah dan mungkin ini rezeki saya. Saya berserah sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Jaclyn turut berpendapat persembahan Liza Hanim sangat baik namun dia bukannya juri dalam menentukan kemenangan dalam ASGV.
“Semasa berdiri di atas pentas, apa pun yang terjadi malam ini saya berserah. Siapa pun yang menang saya akan tumpang gembira untuk mereka,” katanya lagi.
Sementara itu, ketua juri ASGV, Datuk Ramli MS menyifatkan hanya Jaclyn yang memberikan persembahan terbaik berbanding peserta lain pada malam itu.
“Saya fikir secara peribadi, peserta lain tak perfom seperti Jaclyn Victor, dia stabil dan orang lain kurang menunjukkan peningkatan.
“Tapi jika lihat mereka ketika latihan semua setara dan bermati-matian untuk lagu solo mereka namun bila siaran langsung, tujuh peserta lain kurang perform berbanding Jaclyn,” katanya.
Jac yang diumumkan sebagai juara GV10 membawa pulang RM200,000, trofi dan pakej percutian.