in

“Bukan pertama kali” – Les’ Copaque Tidak Bimbang ‘Hasutan’ Gabenor Bali

Ft Upin Ipin Bali Burhanuddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat  produksi siri animasi terkenal, Upin & Ipin, Les’ Copaque Production tidak bimbang mahupun terasa tergugat dengan sikap dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabenor Bali, Wayan Koster terhadap penayangan animasi berkenaan di Indonesia baru-baru ini.

Menurut laporan Malaysiakini, Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata perkara berkenaan adalah biasa dilakukan oleh seorang ahli politik yang disifatkan sengaja mengundang kontroversi setiap kali menjelang pilihan raya.


Tambah beliau lagi, dia sudah menghubungi pengamal media di Indonesia bagi menanyakan isu tersebut. Menurutnya, senario politik di sana hampir sama dengan Malaysia apabila musim pilihan raya, pastinya akan muncul ekstremis politik yang akan buat kontroversi.

290731689 10160713134479750 8579275583056977329 N

Menurut Burhanuddin lagi, syarikat produksi menganggap Gabenor Wayan Koster ini sebagai seorang individu yang gemar mencari populariti berdasarkan carian kepada latar belakangnya sebelum ini.

Jadi, menurut penerbit siri animasi berkenaan, kata-kata yang dikeluarkan oleh Wayan tersebut tidak akan mendapat respons daripadanya selain merasakan tidak perlu terasa terancam dengan kenyataan gabenor Bali berkenaan.

Dalam masa yang sama, Burhanuddin juga mendedahkan bahawa kenyataan Wayan Koster ini bukanlah sesuatu yang baru di Indonesia kerana sebelum ini juga pernah ada isu berbangkit mengenai Upin dan Ipin di sana.

Menurutnya, perkara itu pernah dibahaskan dalam Parlimen kerana ada menteri yang berpendapat Upin & Ipin menjajah minda rakyat negara berkenaan secara halus dan mengakibatkan anak-anak di sana bercakap menggunakan bahasa Melayu berbanding bahasa ibunda mereka.

Terdahulu, Wayan Koster telah menggesa generasi muda di Bali supaya tidak menonton filem dari Malaysia, Upin & Ipin sewaktu menyampaikan ucapan sempena penyampaian hadiah pertandingan esei filem Jayaprana Layonsari pada 14 Ogos lalu.

Dalam ucapannya itu, Wayan berkata budaya dari luar, teknologi dan cara kehidupan moden boleh berkembang, namun penduduknya dinasihatkan agar tidak meninggalkan budaya Bali dan adalah lebih baik untuk menyokong dan membangunkan produksi yang berakar pada tradisi dan budaya sendiri kerana Bali amat terkenal dengan kekayaan kebudayaan tersebut.

Wayan juga menyeru warga Bali untuk menonton Jayaprana Layonsari yang dikatakan boleh menjadi inspirasi bagi generasi muda di sana.

Mengulas lebih lanjut, Buhanuddin berkata, hasil semakan ke atas platform media sosial produksinya mendapati, rata-rata netizen dari Indonesia tidak menyokong kenyataan Koster, malah ada yang marah kerana pada mereka, lebih baik anak-anak menonton Upin & Ipin berbanding sinetron.

Baca : “Itu dari Malaysia? Jangan tonton” – Gabenor Bali Larang Generasi Muda Tonton Upin & Ipin

Upin Ipin Bali

Sumber: Facebook
Sumber: Bapera News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.